Wednesday, 17 February 2016

Realistik sikit boleh?

Hampir setiap hari baca dan hadam laman web berkisar tentang automotif atas alasan ilmu dan sekadar mengambil tahu.

Baru-baru ni team Paul Tan telah mewujudkan satu website Car Base Malaysia dimana ianya satu laman web yang agak lengkap dengan info kenderaan baharu di Malaysia mengikut jenama dan model.

Agak menarik. Spesifikasi beserta gambar-gambar kenderaan..luar dan dalam. Sesuai la untuk dihadap sambil-sambil berangan.

Ada juga ruangan review dari pakar (dari wartawan mereka) dan review dari pengguna...
Review pengguna ni la yang buat aku pecah perut membacanya.

Antara contoh-contoh review dari mereka (review contra ):

  1. "Maybe add a turbo to reduce fuel consumption and increase power" -Honda City
  2. "Projector xenon lights" -Honda City
  3. "No Auto Lock" -Honda City & Jazz
  4. "S-spec lack a LOT of accessories (No power side mirror, ugly steel rim, small drawer, lack back seat pocket), this is my first honda car and now i realize that honda is KEDEKUT!!" -Honda City
  5. "Car body roll: Acceptable but passenger side could feel a significant body rolling during fast and hard cornering & Roof insulation during raining so bad that my daughter woke up from sleep after sudden rain. Although, as we know toyota aftersale service is among the best in this country, I hope after my complaint at toyota 3s centre, they would respond well to this issue.-Toyota Corolla Altis.
Tak salah kita menyuarakan kekurangan kenderaan kita. Tapi isunya di sini jangan la harap yang melampau sampai tak bersesuaian dengan harga dan imej kereta tersebut. Ni antara jawapan kepada komen-komen di atas:
  1.  Kau ingat Honda City ni performance car ke? Nama pun city. Bukan Honda Track. Nak turbo beli la Preve atau Fiesta Ecoboost.
  2. Kereta harga 90k. Mintak spec macam kereta 120k.
  3. Ni isu keselamatan semasa. Dulu kereta autolock..tapi tiada auto unlock jika kemalangan. Kereta conti dan model Proton yang baharu ada sistem bila kemalangan ianya auto unlock untuk memudahkan plan penyelamat. Jadi untuk jimat kos, banyak model buang terus auto lock ni. Tapi masih kekalkan button untuk manual lock. Myvi model lama je ada auto lock ni. Yang baharu dan Alza takde dah ni.
  4. Beli S spec..expect macam high spec. Kau tak tengok ke brochure dulu..tak buat kajian dulu? Gaya cakap macam tertipu jer. 
  5. Ni memang "sikap" kereta ni. kau ingat komplen kau service centre..diorg tolong buat suspension custom untuk kau? diorang tolong buat soundproof untuk kau? Ni bukan masalah "isu" ni memang setup kereta ni. Bukan performance car atau luxury macam Merc.
Sebab tu kita diajar untuk compare dan banyak membaca bila nak beli kereta ni. Biar kita betul-betul paham dan hadam "siapa" kereta kita ni yang sebenarnya terutamanya dari segi mekanikal kereta tersebut dan bila suarakn isu tersebut jangan la pikir ianya adalah defect dan harap service centre boleh selesaikan.

Tuesday, 17 November 2015

Kalau saiz bukan penghalang!

Hehehe jangan salah sangka dengan tajuk di atas.

Ini maksudnya...

Kalau saiz bukan jadi satu keperluan, Mazda 2 Sedan yang terbaharu memang on top of the list!

Warna Merah Mazda memang lain dari yang lain. Kali ini design Mazda 2 Sedan lebih menarik. Tak terlalu awkward seperti Mazda 2 generasi sebelum ini (Isu yang selalu timbul jika hatchback dijadikan sedan. Tak percaya tengok Mazda 2 Sedan yang lama dan Ford Fiesta Sedan.


Perubahan paling ketara ialah kualiti dan reka bentuk dalaman serta dashboard mazda 2 ini. Sporty dan berkualiti tinggi. Pada harga dalam lingkungan RM85k, model ini didatangi dengan enjin 1.5 Skyactive yang terbaharu, paddleshift, kemasan kulit dibahagian dalam, head up display dan bermacam lagi.

Malangnya saiznya hanya sedikit besar dari sebuah Proton Saga FLX. Malah keluasan butnya hanya 410L. Paling kecil untuk sebuah kereta segmen B. Beg udara juga hanya terdapat dua. Pada harga yang lebih kurang sama dengan Honda City V yang memberikan saiz yang luas berserta ruangan but yang baik serta 6 beg udara. ia menjadi persoalan sama ada mahu kereta yang mantap untuk dipandu atau kereta menepati segala keperluan sebuah keluarga?


Thursday, 8 October 2015

Inside Out

Kebelakangan ini melihatkan kebanjiran beberapa model kenderaan yang baharu.
Selain memperlihatkan rupa luaran yang pelbagai bentuk bagi menarik minat dan perhatian pembeli tidak lupa juga rekaan dalaman model tersebut.

Penggunaan 'scheme' warna yang bersesuaian, 'material yang digunakan dan juga 'design' antara sudut penting yang perlu diambil kira.

Dengan mengambil kira model asalan dari Jepun, model Perodua adalah model yang mengambil jalan selamat. Lebih kepada tidak 'adventurous' dalam rekaan dalam kenderaan tersebut. Ini mungkin bersesuaian dengan target market jenama Daihatsu/Toyota bagi model seperti Sirion/Passo/Boon(Myvi) atau Passo Sette/Boon Luminas (Alza) yang disasarkan untuk pengguna jenama Toyota berbajet rendah.

Penggunaan plastik keras dan warna yang agak selamat (boring sebenarnya), juga memberikan satu kelebihan dari segi ketahanan material tersebut untuk satu tempoh yang panjang. Kekurangannya ialah ia agak bising kerana kurangnya serapan bunyi akibat penggunaan plastik tersebut.

Daihatsu Boon Luminas
Perodua Alza

Melihat pula pada jenama Proton. Sejujurnya masih mencari identiti dalam rekaan dalaman mereka. Model-model terbaru seperti Exora, Preve/Suprima, Saga FLX dan Iriz masing-masing mempunyai rekaan yang berbeza. Tidak mempunyai satu indetiti yang kita boleh kaitkan ianya jenama proton.

Secara amnya kalau dilihat sekali imbas, model Preve/Suprima ini seakan mengikut jejak langkah VW yang minimalis. Cumanya ianya seakan-akan "poor man version" kepada VW. Simple dan minimalis yang nampak kurang berkualiti. Garisan dan sudut yang nampak kasar. Tidak bermain dengan tekstur butang-butang kawalan. Nampak sedikit flat. Terlalu selamat untuk sebuat kenderaan yang target marketnya sedikit tinggi. Tetapi penggunaan soft touch material telah menyelamatkan sedikit rupa dalaman model ini.

Bagi model Exora pula konsep rekaannya sekakan Preve/Suprima. Masih simple, tetapi agak membosankan terutamanya pada bahagian airbag di sebelah penumpang. Steringnye pula seakan tidak kena pada rekaan keseluruhan dashboard tersebut.

Bagi model Saga BLM/FLX ianya kekal ringkas mengikut target market sasarannya iaitu 'entry level'. Dari sudut rekaannya nampak menarik kerana susun atur yang ringkat tetapi sedikit sporty. Tetapi penggunaan material plastik keras menunjukkan ianya sedikit 'murah'.

Bagi model Iriz, satu perubahan yang ketara telah berlaku. Masih kekal dengan penggunaan plastik keras. Tetapi olahan pada rekaan dan teksturnya membuatkan ianya nampak mewah. Rekaan stering dan keseluruhan dashboard juga nampak menarik. Ianya memberikan perbezaan ketara berbanding Preve/Suprima walaupun model itu diletakkan sebagai model atasan.




Thursday, 9 July 2015

A Year Ago!

Salam,

Wah..macam boleh lupa kewujudan blog ini.
Lebih setahun tak bukak
Nak kata bz, tipu sangat

Nak ucapkan welcome back kepada diri sendiri.

Stay Tuned!

Wednesday, 16 April 2014

Miskin Dompet

Dugaan...
Cukup satu patah perkataan untuk menggambarkan kehidupan harian kami.
Kos perpindahan rumah baharu.
Kos deco rumah.
Kos baiki rumah.
Kos bateri kereta.
Kos motor kipas kereta.
Bulan depan kos insuran kereta.
Lepas tu, kos servis kereta (belum campur kos mounting kereta lagi).
Paling 'ultimate' kes catuan air. Hahahahaha.
Tapi apa-apa pun kehidupan kami masih berjalan seperti biasa. Masa makan, kita belasah jer.
Nak berjalan? On jer!
Ahh..persetankan semua kos dan dugaan itu (tapi dugaan air tu berat jugak!).
Yang penting kita happy!
Jom, next trip kita kemana? JPO dah pangkah sebab barangnya sudah ada.
Cameron? pack up your stuff guys! (when? i dunno).

Berbalik pada soal kereta..
Hurmm..bukan mengambil kira sentimental value..tpi lebih logik kepada monetary value.
Kereta guna sekurang-kurangnya 5 tahun. Belum campur tolak 'sakit demam' kereta tu.
Kalau ikut angan2 mat jenin memang nak guna je terus Saga tu.
Tapi nak bagi die betul2 rasa selesa melibatkan bermacam kos.
Bunyi akuarium..nyek2 sana sini..
Kalau ada cash sedebuk memang dh tukar bushing satu kereta..
Balut leather seat..
Masuk arb & strut bar bagi selesa..
Repair leaking minyak enjin tu..
Hurmm...tpi cukup la kot umur kereta itu menghampiri 5 tahun...
Lagipun kene pandang masa depan lagi 5-6 tahun.
Ikutkan selera nak jer Grand Livina (Kalau Chevy Orlando pun cara gak).
Ikutkan laju nak je Exora Turbo.
Ikutkan logik dan poket..sebulat suara Alza je la.
Boleh la shopping IKEA lagik!


Wednesday, 18 December 2013

Counting Days!

Tepat 7 hari nak pergi berjalan.
Setiap hari periksa dengan teliti kat meja kerja ni supaya takda kerja yang belum habis.
Tak tipu je, mmg buat kerje slow-slow sbb nak penuhkan jadual kerja harian.
Huahuahuahua.
Berbalik pada topik asalan iaitu nak pergi berjalan.
Selalunya aku suka buat persiapan rapi dan awal.
Tapi kali ini macam keberatan.
Bukan berat nak pergi, tetapi malas nak berkemas.
Banyak yang perlu dikemaskan. Nak pulak meninggalkan rumah kecil kami untuk jangka masa yang lama.
Nak kemas beg, kemas rumah, kemas bilik dan sebagainya.
Jadi untuk memudahkan kami berdua, aku cuba nak senaraikn beberapa perkara yang perlu dibawa bersama.
Senarai di bawah mengikut pengkelasan supaya mudah untuk diambil kira:

Toiletries Bag
Memandangkan sekarang kami berdua kongsi jer. Jadi ini lebih mudah. Barang ini sama ada masuk dalam bag kecil atau dalam luggage besar.
  1. Minyak angin (cap kapak/kwang long. Minyak kuda mau? ekekeke)
  2. Panadol/Actifast/Ponstan(dalam 4 bijik atau 4 kali makan ikut dosage)
  3. Ubat Selsema (Clarinase/Piriton dsb..yang mengantuk dan tak)
  4. Hurix Inhaler (dah sebati dengan jiwa atau hidung)
  5. Floss/pencungkil gigi (yang mana lebih mudah)
  6. Berus Gigi
  7. Ubat Gigi
  8. Mouth Wash
  9. Koyok atau Yoko-Yoko
Backpack/Hand Luggage
Backpack memang dah sebati dengan jiwa aku. Balik kampung ke..Singapore ke..Aussie ke..mesti ade backpack. Kecik atau besar jer.
Disebabkan berjalan jauh dan dah ada luggage besar, backpack kecil hanya diperlukan di sini.
  1. Baju spare sehelai (Yang nipis sudah memadai)
  2. Face towel
  3. Lip Balm/Vaseline.
  4. Candy! (Mentos atau ape2 yang sejuk)
  5. Jacket (untuk dalam plane)
  6. Lampu Picit (Ye aku salu bwk lampu picit masa travel).
Main Luggage 
Ini tak perlu penjelasan. Tengok tajuk je dah boleh agak.
  1. Baju Tidur (T-shirt sehelai. Boleh digunakan dalam rumah juga)
  2. Baju Berjalan (Anggarkan setiap hari satu)
  3. Baju pergi dan pulang (2 helai)
  4. Seluar tidur (Sehelai. Boleh juga digunakan sebagai seluar rumah)
  5. Seluar berjalan (2 Helai termasuk pergi dan pulang)
  6. Setokin sepasang (atau 2 untuk lebih selamat).
  7. Pakaian dalam(1 untuk dirumah. Yang lain boleh ikut jumlah baju berjalan termasuk pergi dan pulang.
  8. Selipar atau Kasut (ikut mana yang kita pakai masa dalam plane)
Kalau nak 'hardcore' sikit, pakaian berjalan boleh bawa dalam separuh. mungkin dalam 3 helai kerana terdapat mesin basuh di apartment tersebut.
Terdapat juga Gym dan swimming pool di apartment tersebut. Tapi memandangkan kite berjalan, elok la pergi je jalan kat bandar sebagai senaman sambil cuci mata.

Di bawah adalah 'snippet' akan aktiviti yang sudah dalam perancangan.

Philip Island Penguin Parade (Viewing Seat)

Puffing Billy Train

 Queen Victoria Market




Thursday, 31 October 2013

Volvo S40/V50

Selain BMW 3 series, Volvo S40/V50 adalah kereta terpakai Conti yang kemas berada dalam pasaran.
Harga pada pasaran terpakai model 2.4L 2011 adalah RM109k dan 2008 RM88k.
Model terakhir dalam pasaran ialah 2.0L 6 kelajuan automatik (transmisi dan enin sama seperti Ford Focus).
Kelebihan model ini ialah binaannya yang solid dan rating keselamatan yang tinggi.
Ia memberikan pemanduan premium pada harga yang lebih murah (berbanding BMW).
Kekurangannya ialah saiznya sedikit kecil dan sempit berbanding kenderaan yang sama harga (Honda Accord/Toyota Camry).
Kurangnya populariti seperti BMW 3 series menyebabkan kurangnya alat ganti dan pusat servis yang pakar.
Jika BMW mempunyai AC Shnitzer, Alpina atau M Power
Mercedes ada AMG, Barabus atau Kleeman.
Volvo ada Heico sebagai 'Performance Pack'.

Volvo V50

Volvo S40