Saturday, 31 December 2011

How I wish :)

Kalao ade rak display macam ni ada baik & buruknye.
  • Baiknya, kereta akan lebih tersusun & cantik.
  • Buruknya, semgt hunting lagi membara untuk memenuhkan rak ni. hahaha.

Hunted down!

Thank You GK!

Sudah memadai ;)

Tak perlu rumah besar2. janji semuanya mencukupi. Huhuhu..yang penting Astro & wifi mesti ada. kekekekeke.

Wednesday, 28 December 2011

Level Of Knowledge

Semalam adalah hari pelancaran Kia Optima K5 yang baru.
Sebagai peminat kereta, excited pulak post kat FB.
Tapi ada komen dari kengkawan yang kalo bercakap acah2 expert, tapi dari situ kita tahu die sebenarnya belum cukup lagi tahap pengetahuan die. Bukan nak kata aku reti, tapi sebagai peminat kereta kau patut tahu la menda yang basic. Antara komen tersebut ialah "baik lagi beli evo" dan "Mahal, Kia brand tak boleh pakai".
Pertama evo yang dimaksudkan mestilah evo 2nd hand. Kereta baru & 2nd hand jangan disamankan. Evo baru harganya dalam RM280-300k. Kedua Kia Optima adalah sebuah kereta luxury sedan dan evo sports sedan. Manalah sama. Kau suruh nenek kau naik evo dari KL ke Melaka pada kelajuan 180km/h. Nescaya die menyumpah kau sebab terumbang ambing dalam kereta sebab spring keras. Bukan nak memuji brand Kia (sebab tak pernah wujud pun kat rumah), tapi secara logiknya macam tu la perbezaan keselesaannya.
Sebab tu ramai orang kaya tak beli evo. Tak cukup selesa & luxury.
Dan lepas tu, memang dulu brand Kia tak boleh pakai. Tapi standard die same je dengan Proton, cume kalo difikirkan harga, baik beli Proton. Tapi sekarang tidak lagi. Kt US,Europe & Australia, brand Kia/Hyundai ni dah macam household brand. Memang tu pilihan kereta untuk orang kebiasaan. Negara-negara macam tu lagi strict pasal kualiti, jadi takkan nak kate Kia/Hyundai tak bagus kan? Lepas tu berkenaan harga, memang la RM143k tu mahal kalau kau compare dengan Waja kan. Tapi Tengok la dari segi spec yang die offer dan bandingkan dengan kenderaan yang seangkatan dengannya seperti Camry & Accord.

 Kia Optima K5

 Susah nak bercakap pasal kereta dengan budak-budak ni. Die tau laju jer. ;)

Kos yang mungkin ;)

Senarai & harga wish list (In future)

  1. Kamera RM1400
  2. Jam RM300
  3. Kasut RM200

Hahaha cukup kot. Tu adalah selain sirih,cupcake, duit & buah. Hahah takda la costly sgt. ;)

Sunday, 25 December 2011

Transporter

Behnye kalau ade lori ni..angkut kereta kecil ku. 

Shelby GT500

Dalam banyak-banyak koleksi HW aku. Ini kereta fav aku.
Shelby GT500

Shelby GT500 asalannya ialah Ford Mustang. Tetapi ia adalah 'performance editon' dari syarikat Shelby Americans. Jadi ia diberi name Shelby Mustang (Macam Mercedes dan Brabus la).

Spec:
Engine: 5.4L V8 Supercharged
Transmission: 6 Speed manual.
Power: 500bhp
Torque: 650Nm@4500rpm



Die Cast 1:64

Hot Wheel
  1. Lamborghini Estoque
  2. Ford GT
  3. '77 Ford Maverick Grabber
  4. GMC DeLorean; Back To The Future Time Machine
  5. '73 Nissan Skyline 2000GT-R
  6. Chevy Silverado 1500
  7. AC Shelby Cobra
  8. '65 Pontiac GTO
  9. '69 Chevy Camaro
  10. AMC Javelin
  11. '70 Chevy Chavelle
  12. Nissan Sylvia s15
  13. '07 Shelby GT500
  14. Ferrai Italia 458
  15. Pontiac GTO Judge
  16. Aston Marton One
  17. '71 Ford Mustang Mach 1
  18. Plymouth AAR Cuda
  19. '69 Shelby GT500
Realtoy
  1. Porsche 911 Carrera S
  2. BMW 3 Series
  3. BMW 5 Series
  4. Audi RS4
  5. Nissan GTR
  6. VW Golf
Kepada GK sila take note

Thursday, 22 December 2011

Decal Untuk Froggy

Untuk design yang sedikit normal.

Tapi tidak le dengan perkataan Porsche tu. Kang kene cop ade masalah imej plak. Haha tukar la word tu ke Myvi. Kalau body kelabu nak warne ape decalnya? Silver?




Tak pun untuk yang lebih santai berunsurkan Shin Chan. Wajib nak ade gambar Shiro anjing Shin Chan ni. hehehe

Monday, 19 December 2011

Mini Showroom

My Mini Showroom
Hahaha gambar klasik. Since aku tak berkawan rapat dengan trainee2 ni, maka lepas snap pic ni aku tak tau cmne nak tengok sampai la ni. Terjumpe diorg dlm fb, aku korek2 photo album, terjumpe la.
(Dari kiri: Amirah,aku,atikah,aflan,shafa,Chef Piee)

*besornye aku..betul ek cmtu?

Friday, 16 December 2011

My cars ;)

Dari mude-mudi berangan nak kumpul..tpi la ni baru ade kudrat nak start.


Tq kepada GK yang tolong memulakan & memilih kereta2 ini.

Rumah kecil

Design berasaskan sebuah apartment 3 bilik di Hay St, Perth. Cuma pintu masuk diubah dri tepi dapur ke hadapan. Dan tandas kedua dari dlm bilik ke luar.

Tuesday, 13 December 2011

Brek Cakera

Atas sebab skema saje je gune terma brek cakera atau lebih dikenali sebagai disc brake.
Umumnya disc brake adalah sistem brek sesebuah kenderaan baik kereta mahupun motorsikal. Sekrang pun basikal yang mahal sudah guna disc brake.
Secara amnya disc brake hanya digunakan untuk tayar hadapan kerana apabila brek, tayar hadapan memerlukan lebih daya untuk berhenti bebanding tayar belakang. Jadi kekeuatan brek amat diperlukan dibahagian belakang. Brek belakang hanya berfungsi untuk mengstabilkan kenderaan semasa break (daya yang dipelrukan hanya sedikit).
Sebab itu disc brake pada kenderaan kecil hanya terdapat di tayar hadapan (belakang drum brake). Manakala tayar belakang menggunakan drum brake.
Disc brake memberikan cengkaman yang lebih dan dapat menghilangkan haba lebih cepat dari drum brake kerana rupa fizikalnya yang terdedah kepada udara.
Ciri-ciri umum disc brake hadapan ialah ianya mempunyai lubang pengudaraan(vented/ventilated disc brake).

 Terdapat ruang udara pada bucu disc untuk menyejukkan permukaan disc. Disc brake yang panas akan menyebabkan 'brake fade' dan kegagalan brek berfungsi dengan baik. Disc brake tanpa lubang pengudaraan dipanggil solid disc brake. Ianya selalunya digunakan pada tayar belakang untuk kenderaan yang besar (seperti Proton Waja, Satria Neo atau Proton Perdana). Disc brake pada tayar belakang telah menjadi trend kenderaan mewah walaupun kalau mengikut saiz yang sama, drum brake belakang akan memberikan kuasa brek yang sama dengan disc brake belakang (kecuali dalam perlumbaan).


 Cross drilled rotor dics adalah jenis disc brake yang digunakan untuk kenderaan perlumbaan atau yang pantas seperti Ferrari. Tetapi terdapat juga untuk kenderaan harian sebagai 'upgrade' untuk cengkaman yang lebih dimana lubang-lubang tersebut berfungsi untuk mengeluarkan haba dan air dengan lebih cepat. Tetapi ia berisiko untuk retak dan rosak. Terdapat juga hujah mengatakan bahawa ia sebenarnya tak perlu. Kalau betul ia kuat kenapa kereta F1 tak guna cross drilled rotor dics?


Break jenis ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan cross drilled. ia dinamakn slotted rotor disc. Juga berfungsi untuk mengurangkan haba dan air semasa basah.

Monday, 12 December 2011

O.Z

Rim jenama disebut O.Z(o-zee) bukan (o-zek) ;)

 O.Z Superleggera

Rim jenama O.Z jenis ini antara rim yang amat popular dikalangan peminat rim sukan. Ia terdapat dalam beberapa jenis dari 1 hingga 3. Tetapi masih mengekalkan konsep rupa yang sama.

Tuesday, 6 December 2011

Voila!

Semalam berjaya menghasut GK menukar rim sukan.
Tapi pun memang dah time sebab tayar dah botak.
Lepas ni projek ape ye...hurmm..
Memandangkan handling Grey sudah cukup bagus (Myvi tukar spring aku pun belum cukup sedap macam standard Grey), rasenye tak perlu bermain sangat dengan handling Grey. Biarkan standard cume ade beberapa mod yang boleh dilihat untuk jangka masa 1-2 tahun ni.

  • Rear Anti Roll Bar. Walaupun handling standard cukup baik, tapi kalau ade ni belakang tak baung sangat sebab spring belakang lembut. (RM200-250)
  • Chasis Foam. Mod ini menyuntik foam ke dalam rongga chasis utama. Ia memadatkan chasis,dan menguatkan struktur. Jadi handling lebih sedap dan kurang getaran dan bising. (RM300).
  • Sound Proofing. Memasang pengedap bunyi di pintu dan bonnet kereta. Setakat ini tak ada yang betul2 murah. ;p
  • Duck Tail Spoiler. Kereta sedan nampak janggal tanpa spoiler kan? (RM200)
  • Leather Seat Cover. Fabrik dah kusam. Leather senang nak lap & jaga. (RM500)
  • Exhaust Muffler. Sama dengan standard Myvi. Takda gaya lansung exhaust takde muncung ;) (RM200).
  • Steering Sukan. Kalau jumpe yang berkualiti dan lebih selesa. (RM200)

Sunday, 4 December 2011

Jawapan untuk setiap 'point'.

Hari ni bukak fb terbaca satu status yang dibuat oleh sepupu aku Ain (anak pakcik mie).

• BEST NYA SINGLE SEBAB :
1. Sbb tak rugi duit untuk topup .
2. Sbb xpyh kluar duit nk blnja kekasih. baik blanja parent makan.
3. Sbb malam2 xpyh text & call sampai tertido .boleh tido terus .
4. Sbb xkena berleter itu ini itu ini bla bla bla.
5. Sbb xde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon.
6. Sbb xde org nk jeles.
7. Sbb duit sentiasa ada.
8. sbb xde orang nak kongkong pegy mne2
9. sbb xde org kongkong kite nak buad pape
Memikirkan umurnya (16 kot) aku paham dilema seorang remaja. Tapi aku ada jawapan untuk setiap point tersebut.
1.topap gf aku blanje
2.mkn kekaseh belanje jugak.
3.gf mmg paham aku kuat tido.
4.gf takut nk berleter kt aku.
5.kami tido same time..jdi xde kes kne ganggu.
6.aku baik..jd xde sbb nk jeles.
7.ade gf or xde duit aku sentiasa xde.
8.pegi mane2 bersama.
9.selagi buat mende yg x jahat watper nk kongkong. kalo merompak bank, mak aku pon marah ;p

Hehehehe..lawak jer.