Wednesday, 31 August 2011

Sesuatu Untuk Direnungkan.

Semalam adalah hari pertama dalam bulan Syawal. Memulakan hari dengan solat sunat Aidilfitri (Sunat muaakat ye iaitu sunat yang dituntut. betul-betul berada dibawah hukum wajib). Tapi sepatah haram pun isi khutbah aku tak tangkap..bosan dan merewang-rewang minda aku.
Sebelum solat bermula aku telah terjumpe 'bos' masa aku OJT kat Hotel EQ hari tu (aku anggap bos jugak sebab dia boleh dianggap sebagai shift supervisor dan lagi expert dari aku). Sebagai saudara baru (baru ka? tak tau bile die convert) Aflan hanya meraikan hari raya berseorangan di sini (family kat Swak), jadi mangsa untuk meneman die adalah Acap a.k.a Labun (kawan sekolah dari primary dulu tapi end up die jadi tukang masak yang jauh lagi exp dari aku).
Agak meruntun hati bile Acap turun dari kereta dan mengangkat bapak die yang tua masuk ke dalam surau..angkat ye..bukan tolak gune wheelchair. Acap juga memandu sebuah Proton Iswara yang agak kucar kacir. Aku yakin itu saja kenderaan yang ada dirumahnya. kalau dilihat di rumah aku..(bukan la ade BMW, Merc atau Audi) ada la beberapa kenderaan yang nampak elok seperti Myvi dan Myvi dan juga Myvi (ada 3 Myvi..sekian ok bye)..terdapat juga sebuah Perdana (ada kemek sedikit). Jika dibandingkan dengan Iswara Acap tu, memang nampka ketara rupanya.
Tapi tak semua manusia beruntung dalam hidup mereka. Acap bukanlah seorang pelajar yang pandai semase zaman persekolahan dahulu..nak kata hensem, aku bangun tidur pon lagi hensem dari die yang dah bersiap nak pegi annual dinner Hotel EQ. Tetapi 'drive' yang die ada untuk meneruskan hidup amatlah dikagumi. Dia memang cenderung dalam bidang masakan..dari Pizza Hut ke Manhattan Fish Market dan sekarang sebagai commis cook di EQ.
Dalam hidup kita tak perlu kagum kepada orang-orang seperti Tun M, Mokhtar Al-Bukhary, atau Sheikh Muzapahar untuk dijadikan idola untuk memajukan diri. Kita hanya perlu lihat org yang terdekat sahaja. Sekadar melihat Acap yang gigih berkerja, angkat bapak die masuk surau, dan memandu Iswara buruk itu sudah memadai untuk kita.
Berfikir sejenak, renungkan kehidupan yang aku ada. Bukanlah aku menyesali sikap bermain aku dahulu. sebab aku percaya semuanya mempunyai hikmah. Aku hidup berasakan 'go with the flow'. Walaupun parents aku tak la bagi sebuah Myvi baru..tetapi memberikan sebuah kenderaan dalam keadaan yang cukup baik, bilik utnuk aku tidur dengan selesa, peti ais dan dapur yang cukup dengan makanan,dan wang untuk berbelanja membuatkan aku lebih bersyukur dan kental untuk meneruskan hidup. Disamping mepunyai seorang kekasih dan rakan baiku (orang yang sama la) mebuatkan semuanya nampak indah walaupun ada halangan.
Terima Kasih kepada orang-orang disekeliling.
Selamat Hari Raya!

Wednesday, 24 August 2011

Baru nak buat..isk3..

baru terlintas untuk update hp kt pc..huhuhu..
Tgh update okbye ;)

Monday, 15 August 2011

Mari Berangan!

Umur yang semakin meningkat ini mebuatkan kita mempunyai keinginan yang lebih untuk memiliki sesuatu. Jadi aku bercita-cita untuk memiliki (sebuah, sebiji,sekaki,sesikat?) lesen motrsikal dan memiliki sebuah motorsikal sebelum umur aku 30tahun.
Untuk permulaan aku akan membeli sebuah motorsikal entry 250cc. Mari2 kita berangan.


Kawasaki Ninja 250
Dalam gambar nampak besar tapi sebenarnya tak besar pon. Tapi agak cantik sebagai entry level sportsbike. Ia adalah model terbaru yang dijual pada harga RM22000.

Honda CBR 250
Juga model terbaru dari jenama Honda yang dipasarkan sebagai 'rival' ninja 250. Tetapi masih kurang mendapat sambutan kerana saiznya sedikit kecil dan menggunakan enjin satu slinder. Harga pun lebih kurang ninja 250.

Antara model 250 yang lama pernah menjadi kegemaran pengguna entry sportsbike ialah.



Kawasaki ZZR250
Motorsikal ini masih boleh didapati sebagai unit terpakai pada harga rm6000-rm7000. Ia menggunakan enjin 2 silinder seperti Ninja 250 yang baru. Kedudukan tunggangan yang rileks membuatkan sportbike ini selesa untuk tunggangan jauh.

Kawasaki Ninja ZXR 250
Walaupun menggunakan nama Ninja, tetapi model ini amat berbeza dari Ninja 250 yang baru. Model ini sangat diminati ramai kerana design yang sporty (tidak seperti ZZR) dan menggunakan enjin 4 silinder. Memberikan bunyi seperti superbike yang besar yang kuasa yang lebih dari enjin 2 silinder. Tetapi enjin 4 silinder 250cc ini tidak mempunyai tahap 'reliability' yang tinggi kerana parts dalaman yang kecil menyebabkn ia mudah rosak. Masih boleh didapati sebagai unit terpakai dalam harga rm10000-RM13000.

Antara model-model lain ialah Aprilia RS250 dan Suzuki RGV250. Kedua2 model ini berkongsi enjin 2 lejang yang sama. Mula 'pupus' akibat kemasukkan motorsikal 4 lejang. Tapi masih mempunyai tempat dihati peminat yang betul-betul mahu merasai kuasa yang sebenar.

Aprilia RS250
 
 Suzuki RGV250




Goodbye!

"Arsenal have reached an "agreement in principle'' with Barcelona for the sale of captain Cesc Fabregas, both clubs have confirmed.
Despite Arsenal insisting throughout the summer that they would not sell Fabregas for less than £40 million, it is thought that a £35 million fee has finally been agreed. " -Soccernet-

Akhirnya permintaan selama beberapa tahun kau sudah tercapai. Goodluck!


Francesc Fabregas, 24thn. Datang ke Akademi Bola Sepak Arsenal pada umur 16tahun dari Barcelona. Pulang ke Barcelona sebagai bintang dengan bayaran 35juta pound.

Tuesday, 9 August 2011

Cerita Sedih...

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Jejaka : sy taw T_T I love you .
Gadis : I love you too .
(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)
Gadis : mane bf sy ayah ?
.Ayah : (terdiam sebentar) Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ? T_T
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis )
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D

haha lawak. ;p

Sunday, 7 August 2011

Laporan mingguan...

Kebelakangan ini aku kerap terbaca statement, melihat atau memerhati orang yang bersikap aneh atau apa2 je la yang aku rasa aneh. antaranya ialah:

  1. Sikap orang Malaysia yang kalau pergi buffet mesti nak tamak & perlahap. Sudahnya makanan tak habis dan membazir. Bukan nak mengkritik sesama manusia, tpi sabarlah. Bukan syarat2 buffet tuh kamu kena berkejar dan rebut makanan. Makan dulu satu persatu. jangan rakan semeja dah amik menda tuh, kau pun nak amik jugak. tanye dulu diorang nak ape2 yang lain tak..sharing is caring kn ;)
  2. Lately aku selalu berangan surf forum konon mencari kamera la..barang-barang kereta la..macam lagi. Terjumpa satu thread menjual barang-barang Satria GTI. Bila ditanya kenape ia dijual, jawapan penjual ialah (lebih kurang macam ni lah) "Aku guna Staria GTI, kawan aku kata parts die susah nak carik jadi aku simpan spare. Sekarang rasa tak guna dah". Hurmm..apa tujuan kau simpan parts seperti panel pintu, dashboard, bucket seat depan dan juga belakang? Barang-barang camtuh bukan senang nak rosak sampai kne simpan spare kan. Nampak sangat barang curik..sebab satria GTI memang femes kena rembat.
  3. Terjumpa statement rakan di FB yang agungkan Toyota Avanza..wth! I have to admit that Toyota is a good brand..good car but definitely not Avanza. Sesebuah kereta tidak boleh di banggakan atau dibenci semata-mata melalui satu ciri-ciri sahaja. Enjin avanza memang reliable, jimat minyak..tapi handling and driving position Avanza memang anih. Kalau diberi wang aku sanggup beli Protn Exora dari Avanza. Lagi besar, better handling.