Spring
Absorber
Bagi menyerap hentakan dan memberikan keselesaan.
Pada standard OEM(asalan dari kilang) sesebuah aborber and spring mempunyai ketinggian dan kelembutan standard bagi menjamin keselesaan dan kestabilan pada tahap yang optimum bersesuaian dengan kos kenderaan tersebut.
Bagi sistem suspensi 'aftermarket' absorber and spring selalunya lebih rendah dan sedikit keras. Ia akan memberikan pemanduan yang lebih responsif tetapi tidak akan memberikan keselesaan seperti OEM.
Pemanduan yang responsif juga memberikan kelebihan dari segi keselamatan kerana kenderaan mempunyai lebih cengkaman diatas jalan raya.
Bagi yang gemarkan keselesaan tetapi mahukn pemandua yang responsif, penggunaan anti roll bar yang berdiameter besar juga boleh membantu memberikan pemanduan yang berbeza (contohnya Saga BLM dan Saga FLX. FLX mempunyai anti roll bar yang lebih besar berbanding BLM. Ianya mempunyai respons yang lebih baik).
Konsepnya mudah kerana jika suspensi lembut dan tinggi, kadar tekanan spring sewaktu mengambil selekoh akan mempengaruhi respons. Kerana ianya tinggi dan lembut. Jika mempunyai suspensi yang rendah dan keras, ianya lebih responsif kerana tidak banyak tenaga digunakan sewaktu mengambil selekoh. Ini juga dapat dibantu oleh anti roll bar yang tebal kerana ia dapat mengawal sistem suspensi lebih dari yang kecil.
*penggunaan tayar yang lebar dan nipis juga dapat membantu respons kerana tayar yang tebal mempunyai 'flex' yang lebih pada wall tayar.
















