Tuesday, 26 March 2013

Chevy Orlando

Satu alternatif MPV yang bagus berbanding Honda Stream & Toyota Wish yang mahal merengak.

 
@RM123k (kalau Wish or Stream dapat 2nd or recond only).
"Amat amat amat ok dari Stream yang beroleng macam kapal kargo diharung ribut dan Wish yang guna spring pogo stick." 
"Stream ni best ke? Aku rasa kurang power sungguh. Adik aku pakai setahun je, pass tu jual. Aku bawak pun..err..cantik la...tapi errr... kecik, mahal nak maintain dan...tak power laaa!"
 Review dari saudara Hezeri Top Gear (diambil dari FB).

Friday, 22 March 2013

Manifesto

Kehangatan pilihanraya umum semakin terasa.
Kemunculan ustaz2 dan ahli politik facebook semakin ramai.
Serangan peribadi bermula.
Menifesto macam-macam keluar
Bantuan rakyat
Tol percuma
Bantuan buku
Harga kereta turun
Macam-macam
Tapi semua manifesto berpaksi kepada bantuan ekonomi atau lebih mudah berunsur wang
Itu menunjukkan manusia ini mudah mengikut hala tuju yang berasaskan wang
Tidak salah menjanjikan kemudahan hidup
Tapi banyak lagi perkara-erkara lain yang perlu ditangani secara serius.
Aku bukan seorang ahli politik
Jauh lagi untuk berbicara mengenai politik yang secara umumnye ustaz2 dan politician facebook lebih mengetahui dari A to Z.
Tapi sebagai rakyat marhains yang suke memerhati kalau diberi peluang untuk mengubah sesuatu,
ada beberapa perkara yang aku lebih 'concern'..tolak tepi hal ekonomi.
Antaranya ialah:

Keselamatan jalan raya
  •  Sampai bila nak tengok bas ekspress/lori memecut laju melebihi kelajuan yang ditetapkan? Setiap kali kemalangan ngeri menteri mula bersuara seperti hero. End up senyap. Black box, speed gps..mana pi? Bas yang kononnye dilengkapi GPS tracker..same je lajunya 120km/h.
  • Minimum safety spec untuk kenderaan di australia ialah 6 airbag dan stability control. Kos yag tinggi? betul. Tapi di Australia harga kenderaan mereka ditentukan oleh luxury trim. Biar rim besi tutup plastik. Biar kerusi kain. Tiada leather trim. Tiada spoiler. Tiada sound system meletup. Tiada warna metalik. Tiada sunroof. Tetapi minimum safety spec mestilah tip top. Bukan macam kita, yang dipentingkan sport rim, leather seat, sistem audio. Kau dengar la lagu meletop2..suruh radio tu selamatkan kau bile kemalangan.
  • Penguatkuasaan undang-undang2.AES bagus, tpi mcm mane ketelusannya? Adakah betul tempat yang diambil kelajuan kenderaan itu? Selain AES, pemandu yang memotong di laluan kecemasan macam mana? pemandu yang tidak memakai seat belt? penunggan motorsikal tanpa memakai helmet? anak kecil menunggang tanpa helmet? Kalau betul kerajaan nak duit, kesalahan mcm ini lebih menguntungkan polis dan bersebab keras untuk disaman.
  • Mulakan matapelajaran keselamatan jalan raya sejak tadika. Bermula dari cara-cara melintas jalan. jangan lintas mcm ayam. Topik keselamatan akan berubah silibus mengikut peringkat umur. Bila berada di sekolah menengah tekankan pada keselamatan menunggang motorsikal.
Pendidikan
  • Berikan perhatian kepada pendidikan moral. Agak kejam, tetapi pelajar islam juga perlu didikan moral. Orang yang berpendidikan islam belum tentu moralnya bagus.
  • Sex education? tak perlu. Dengan didikan moral dan pendidikan islam yang mantap, pikir sendirilah. Fokus kepadasubjek keselamatan jalan raya dan alam sekitar.
  • Kurangkan penekanan pada peperiksaan hujung tahun. Lebihkan kepada projek berkumpulan/kemahiran. Dari awal pelajar dapat tahu kelebihan masing-masing.
Sukan
  • Wujudkan sistem akademi bola sepak di sekolah-sekolah harian. Wujudkan satu kelayakkan minimum dari sezi fizikal dan pencapaian pendidikan. Wujudkan satu sistem pendidikan yang sesuai dengan pelajar-pelajar projek ini. 
  • Pelajar-pelajar projek sukan ini akan terlibat dalam program/pertandingan di dalam daerah/negeri segara berterusan sepanjang tahun. Minimum 6 bulan. Bukan sekali main sebat 4-5 hari lepas tu habis dh.
  • Hasil dari pencapaian sukan dan pendidikan yang bagus. Atlit tak perlu risau untuk menjadi ahli sukan professional kerana mempunyai bekalan taraf pendidikan untuk masa hadapan.
  • Raikan atlit seperti seorang sebriti.Wujudakan saluran sukan tempatan. Bola sepak, squasy, badminton, lumba cup rix..semua wajib ditayangkan live.
Cubabaca manifesto diatas, bukankah lebih menarik kalau begitu?
Tidak lupa, tolong selesaikan masalah budak2 mintak derma menggunakan nama pertubuhan Islam ni.

Wednesday, 20 March 2013

Honesty.

Baru lepas baca satu thread mengenai persoalan pengguna terhadap pusat servis kenderaan.
"Adakah benar mereka melakukan kerja?".
"Tak percaya mechanic ayam membuat kerja".
"Jangan terkejut kalau ade minyak enjin tak ditukar"

My argument is simple, u cant control everything.
Better check your car before you drive home or when you reach home.
Any weird feeling or sound, better complaint as soon as possible.
That's the best you can do.

If you go to the restaurant, do you watch the chef or 'ayam' commis cook your food?
No right?
Do you watch and supervised your tailor when he/she complete your baju kurung or baju melayu?
No right?

There are things that we can control..but not all. Hehehehe.


Tuesday, 19 March 2013

Dessert Buffet

Dalam meluaskan konteks perniagaan, kami berfikiran untuk menjalankan perkhidmatan dessert/pastry buffet.
Apa yang berbeza dari kebanyakkan orang lain ialah, majoriti hanya menyediakan candy buffet iaitu terdiri dari chocolate fountain, marshmallow dan manisan2 yang rata-rata hanya digemari oleh kanak-kanak.
Pastry/dessert buffet ini juga mempunyai chocolate fountain, tetapi makanan seperti 'food finger' berupa pastry/dessert juga akan disediakan.
Dibawah ialah antara senarai-senarai makanan (mengikut idea) yang boleh disediakan diatas meja pastry/dessert buffet kami.

Bubur manis.
  • Bubur kacang hijau
  • Bubur gandum.
  • Bubur kacang merah
  • Bubur pulut hitam
Kuih Melayu
  • Karipap
  • Kuih Lopes
  • Kuih Talam (seri muka, puding jagung etc).
  • Pulut Panggang
  • Kuih Kasturi
  • Apam (polkadot,mekar,gula hangus).
Cold Dessert
  • Jelly pelbagai perisa
  • Dadih pelbagai perisa
  • Triffle
  • Pudding caramel (ori atau segera)
  • Semolina pudding
Cake (must be in slices).
  • Butter Cake (Pandan,Choc,Marble).
  • Cheese Cake (Strawberry,Blueberry,Plain American).
  • Kek Gula Hangus
  • Fruit Cake
  • Carrot Cake with Vanilla/Cream Cheese icing.
  • Semolina Cake with sauce.
  • Red Velvet
  • Choc Moist Cake
  • Choc Brownies
  • Pandan Layer
Chocolate Fountain
  • Marshmallow
  • Finger biscuit
  • Candies
Masalah yang bakal dihadapi ialah costing dan harga pakej yang disediakan. Any input?

Sunday, 17 March 2013

Kemas!

Siang tadi kat highway nampak muto ni..kemas!

Kawasaki VN250

Chill je motor 250cc..tayah laju2. Hehehehe

Thursday, 14 March 2013

Compact house

Semuanya compact!

Design

SEAT Leon 1996-2006
Jenama SEAT berasal dari Spain. Jenama ini dibawah syarikat VW. Jadi Model Leon ini berkongsi chasis dan teknologi VW Golf.

2013 Kia Rio
Bile tengok buntut Kia Rio memang teringat SEAT Leon. Hahahaha.
Design pi mai pi mai tang tu jugak.