Thursday, 8 October 2015

Inside Out

Kebelakangan ini melihatkan kebanjiran beberapa model kenderaan yang baharu.
Selain memperlihatkan rupa luaran yang pelbagai bentuk bagi menarik minat dan perhatian pembeli tidak lupa juga rekaan dalaman model tersebut.

Penggunaan 'scheme' warna yang bersesuaian, 'material yang digunakan dan juga 'design' antara sudut penting yang perlu diambil kira.

Dengan mengambil kira model asalan dari Jepun, model Perodua adalah model yang mengambil jalan selamat. Lebih kepada tidak 'adventurous' dalam rekaan dalam kenderaan tersebut. Ini mungkin bersesuaian dengan target market jenama Daihatsu/Toyota bagi model seperti Sirion/Passo/Boon(Myvi) atau Passo Sette/Boon Luminas (Alza) yang disasarkan untuk pengguna jenama Toyota berbajet rendah.

Penggunaan plastik keras dan warna yang agak selamat (boring sebenarnya), juga memberikan satu kelebihan dari segi ketahanan material tersebut untuk satu tempoh yang panjang. Kekurangannya ialah ia agak bising kerana kurangnya serapan bunyi akibat penggunaan plastik tersebut.

Daihatsu Boon Luminas
Perodua Alza

Melihat pula pada jenama Proton. Sejujurnya masih mencari identiti dalam rekaan dalaman mereka. Model-model terbaru seperti Exora, Preve/Suprima, Saga FLX dan Iriz masing-masing mempunyai rekaan yang berbeza. Tidak mempunyai satu indetiti yang kita boleh kaitkan ianya jenama proton.

Secara amnya kalau dilihat sekali imbas, model Preve/Suprima ini seakan mengikut jejak langkah VW yang minimalis. Cumanya ianya seakan-akan "poor man version" kepada VW. Simple dan minimalis yang nampak kurang berkualiti. Garisan dan sudut yang nampak kasar. Tidak bermain dengan tekstur butang-butang kawalan. Nampak sedikit flat. Terlalu selamat untuk sebuat kenderaan yang target marketnya sedikit tinggi. Tetapi penggunaan soft touch material telah menyelamatkan sedikit rupa dalaman model ini.

Bagi model Exora pula konsep rekaannya sekakan Preve/Suprima. Masih simple, tetapi agak membosankan terutamanya pada bahagian airbag di sebelah penumpang. Steringnye pula seakan tidak kena pada rekaan keseluruhan dashboard tersebut.

Bagi model Saga BLM/FLX ianya kekal ringkas mengikut target market sasarannya iaitu 'entry level'. Dari sudut rekaannya nampak menarik kerana susun atur yang ringkat tetapi sedikit sporty. Tetapi penggunaan material plastik keras menunjukkan ianya sedikit 'murah'.

Bagi model Iriz, satu perubahan yang ketara telah berlaku. Masih kekal dengan penggunaan plastik keras. Tetapi olahan pada rekaan dan teksturnya membuatkan ianya nampak mewah. Rekaan stering dan keseluruhan dashboard juga nampak menarik. Ianya memberikan perbezaan ketara berbanding Preve/Suprima walaupun model itu diletakkan sebagai model atasan.