Baru-baru ni team Paul Tan telah mewujudkan satu website Car Base Malaysia dimana ianya satu laman web yang agak lengkap dengan info kenderaan baharu di Malaysia mengikut jenama dan model.
Agak menarik. Spesifikasi beserta gambar-gambar kenderaan..luar dan dalam. Sesuai la untuk dihadap sambil-sambil berangan.
Ada juga ruangan review dari pakar (dari wartawan mereka) dan review dari pengguna...
Review pengguna ni la yang buat aku pecah perut membacanya.
Antara contoh-contoh review dari mereka (review contra ):
- "Maybe add a turbo to reduce fuel consumption and increase power" -Honda City
- "Projector xenon lights" -Honda City
- "No Auto Lock" -Honda City & Jazz
- "S-spec lack a LOT of accessories (No power side mirror, ugly steel rim, small drawer, lack back seat pocket), this is my first honda car and now i realize that honda is KEDEKUT!!" -Honda City
- "Car body roll: Acceptable but passenger side could feel a significant body rolling during fast and hard cornering & Roof insulation during raining so bad that my daughter woke up from sleep after sudden rain. Although, as we know toyota aftersale service is among the best in this country, I hope after my complaint at toyota 3s centre, they would respond well to this issue.-Toyota Corolla Altis.
- Kau ingat Honda City ni performance car ke? Nama pun city. Bukan Honda Track. Nak turbo beli la Preve atau Fiesta Ecoboost.
- Kereta harga 90k. Mintak spec macam kereta 120k.
- Ni isu keselamatan semasa. Dulu kereta autolock..tapi tiada auto unlock jika kemalangan. Kereta conti dan model Proton yang baharu ada sistem bila kemalangan ianya auto unlock untuk memudahkan plan penyelamat. Jadi untuk jimat kos, banyak model buang terus auto lock ni. Tapi masih kekalkan button untuk manual lock. Myvi model lama je ada auto lock ni. Yang baharu dan Alza takde dah ni.
- Beli S spec..expect macam high spec. Kau tak tengok ke brochure dulu..tak buat kajian dulu? Gaya cakap macam tertipu jer.
- Ni memang "sikap" kereta ni. kau ingat komplen kau service centre..diorg tolong buat suspension custom untuk kau? diorang tolong buat soundproof untuk kau? Ni bukan masalah "isu" ni memang setup kereta ni. Bukan performance car atau luxury macam Merc.