Thursday, 19 January 2012

Semoga GK bertambah sehat ;)

Pagi ni GK membuat rawatan idung. Membesarkan lubang idung. Jangan2 jadi cam idung Avril Lavigne kot? hahaha lawak jer. Dengan pembesaran laluan pernafasan ni semoga GK akan menjadi lebih bertenaga untuk membuat aktiviti luar yang sangat die suke dan aktiviti rutin iaitu tidur dengan lebih selesa.
Kalau kaya kan best, boleh tunggu GK keluar sepital dengan present seperti:

 A new small house for you ;)

A Pug 308 Turbo
 
Pakej Bercuti ke Melbourne sambil melihat Peguin Parade di Philip Island ;)
 
Tapi hidup dalam realiti tak semua yang kita nak kita akan dapat bukan? naiklah Grey atau Froggy. Duduk lah kat flat bising ade nyamuk tengok Hot In Cleveland. Cukuplah sekadar pantai Port Dickson atau Bagan Lalang. Yang penting bersama GK.
Get Well Soon!



Saturday, 14 January 2012

Old Is Gold

Hahaha tetibe terkeluar idea untuk buat segment entry baru iaitu 'Old Is Gold'. Memaparkan kereta-kereta lama yang aku minat. Yang aku rasa ade novelty sket. hehehe.

Kereta yang bertuah pertama untuk segment ini ialah VW Golf Gti Mk4.

VW Golf GTi Mk4 (Golf menggunakan kod Mk untuk menunjukkan siri model mereka. Model paling baru ialah Mk6) adalah versi Gti untuk model Golf syarikat VW. Model ini menggunakan enjin 1.8L turbo (berbanding 2.0L turbo untuk Mk5 & Mk6). Terdapat jugak versi R32 untuk Mk4 ini.

Friday, 13 January 2012

Lawak Pagi Jumaat.

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


Enjoy!

Thursday, 12 January 2012

Terima Kasih

Terima Kasih Sayang (nada seperti orang jual "mainan 3 sepuluh ringgit").

Definitely a missing piece in Myvi. ade 2 saiz 16mm & 18mm. Terus ke 18mm senang. Kalau amik 16mm walaupun murah..nanti sok2 rase tak cukup best. Hehehehe.

Ini rupa asalan Anti Roll Bar untuk Toyota Passo/Daihatsu Boon. Kata orang ini saiz 16mm tapi sedap jugak. Kalau taksub Myvi JDM (Japan Domestic Market) diorang akan beli yang ni. Acah-acah Daihatsu/Toyota la tu. Barang sama dengan Ultra Racing tapi harga lagi mahal (novelty kata mereka). Harga used paling murah RM300, boleh sampai RM400. Cet~ aku beli baru RM330 ade waranti lagi. Aku suke kedai EA Bkt Jalil. Tunggu jual semekot, mungkin boleh datang visit lagi.

Kembara untuk kereta kecil yang sedap ;)
1.Lowered Spring.
2.Anti Roll Bar
3.Chassis Foam.
4.Brembo/Bigger front disc brake.
5.Full Sports Absorber
6.Engine Upgrade

Tuesday, 10 January 2012

Sunday, 8 January 2012

Mari Kita Berangan

Hyosung GT650R/Naza Blade 650
Naza mengambil lesen untuk memasang motor ini di Malaysia. Jadi nama Hyosung ditukar ke 
Naza Blade 650. Mengikut review, motor ini sedikit bagus dari Kawasaki ER6 (untuk entry level sports bike) tetapi kekurangannya ialah spare parts yang susah untuk dicari. Tapi kalau cantik & best ade aku kesah? kau ada? hehehe



Sikap Jual Ikan

Beli barang yang die sorang je boleh gune.
Tapi dalam masa yang sama barang orang die pun nak kongsi.
What the what la.
Tayah la berangan nak motor besar kalau kereta sendri pun kau tak suka.
Motor nak best, cantik..tapi kau sorang je la guna.
Kereta biar buruk takpe..sebab bile nak kereta cantik, kau boleh pinjam kereta orang.
Tu namanya sikap Jual Ikan.
Teruskanlah angan-angan Jual Ikan tu.

Aku suka motor besar.
Tapi biarlah aku memiliki kenderaan 4 tayar yang proper.
Aku taknak motor aku lagi mahal dari kereta.
Sebab kalau hujan duduk bawah jembatan jugak.
Kalau orang bujang ni, motor jadi X-Factor mase memule ngorat awek jer.
Naik la CBR pun, lame-lama kalau berhujan panas, awek tu sanggup lagi naik Kelisa.
That's the truth.

Rumah baru.

Siap dah rumah baru. Hehehe enjoy!

Friday, 6 January 2012

Sesuatu untuk dikongsi

Topik teknikal, bukan luahan perasaan. hahahaha

Torsion Beam & Anti Roll Bar explanation
Part 1 (Link)
Part 2 (Link)

Ultra Racing bar test on Saga BLM(Link)

Read & enjoy!

Tuesday, 3 January 2012

Macam Fish & Chip

Catch of the day. Kan macam MFM tu. hahahaha,
Infiniti G37 & Porsche 911 GT2.

 Infiniti G37
Infiniti adalah sekapal dengan Nissan. Divisyen kereta mewah untuk pasaran US. Seperti Lexus untuk Toyota dan Acura untuk Honda. Tetapi Lexus & Infiniti telah masuk ke pasaran Malaysia dengan kereta mewah mereka.

 Porsche 911 GT2
Berasal dari model 911 Turbo tetapi diberi peningkatan dari segi brek, suspensi, enjin dan juga tidak menggunakan sistem 4wd seperti 911 Turbo. Jadi ia adalah lebih ringan.