Saturday, 25 February 2012

Thank You

Hari yang indah, tidak semestinya akan indah sampai bebila.
Opps..rilex, hanya berita bola jer.
Andrei Arshavin telah kembali ke kelab asalnya Zenit di Rusia sebagai pemain pinjaman sehingga tamat musim.
Mempunyai potensi selepas pertandingan EURO2008 dan dibeli oleh Arsenal.
Tetapi hari tak kekal bersinar..pasti akan ada hujan..
Musim ini beliau mendapat kritikan keras dari peminat lantaran aksinya yang hambar dan pemalas diatas padang.
Ditambah pula oleh prestasi kelab Arsenal yang sengal pada musim ini..
Suara-suara meminta Arshavin untuk dijual semakin lantang..
Akhirnya Arsene Wenger mengeluarkan Arshavin dari pasukan untuk dipinjamkan kembali ke kelab asalnya di Rusia.
Terima Kasih untuk perkhidmatan anda dan 4 biji gol oleh beliau seorang semasa menentang Liverpool satu ketika dahulu tak akan dilupakan. (tang ni je la nampak hebat).

Andrei Arshavin
Bradley James (Arthur)

p/s- Kembar lain mak & bapak. Negara pun lain.

Monday, 20 February 2012

Or this?

Proton Exora CFE
Harga memang lagi mahal dari Alza. Tapi much more bigger, handling pun lagi solid. Ada aircond belakang. Ditambah dengan enjin soft turbo, definitely more powerful than Grand Livina 1.6 & 1.8. Dengan torque peak 205Nm as early as 2000rpm all the way to 4000rpm. Definitely more power compare to 1.8 & 2.0 Toyota Wish and Kia Rondo.
Tapi brand Proton. Ade berani? ;)

Rasenye ini kot pilihannye ;)

Gk selalu mengimpikan sebuah kereta yang besar.
Untuk road trip ke Ikea atau kedia menjual perabot.
Tetapi mengikut unjuran untuk jangka masa 3-4 tahun akan datang, tidaklah kami ke tahap orang yang senang.
Jadi mungkin akan membeli ini.

Aku tak pernah anggap Alza ni MPV. Suka sebab anggap die Myvi yang lebih besar dan panjang. Gunakan sahaja sebagai Kenderaan 5 penumpang tetapi mempunyai boot yang luas untuk angkat barang. Memanglah kalau nak dibandingkan dengan Persona, ia tidaklah berdesup untuk dipandu. Tetapi memikirkan kos minyak. Hurmm..takpe lah.
Mod lebarkan tayar sikit (sebab tayar asalah mcm sotong sgt), tebalkan ARB belakang. Keraskan sket chasis dengan Racing Bar. Tak perlu lowered (GK mengamuk nanti sagat jalan). Hehehehe.

Dunia Serba Moden ;)

Dalam dunia yang serba moden ni, Facebook telah membunuh diari serta isi-isi rahsia diari yang masa zaman mude2 ada diantara kita yang memiliki diari. Semuanya nak diberitahu dalam Facebook. Dari masalah cinta sampai ke hubungan dengan kawan-kawan. Setiap minggu nak bagitahu anda putus cinta. Ayat penuh bait2 kesedihan atau kegembiraan bercinta. urgghh...mellow betol.
Cukuplah sekadar berkongsi lawak jenaka(gambar anak yang comel, makanan yang sedap) atau permasalahan semasa untuk direnungkan bersama rakan-rakan facebook. Tak perlu la buat sesi luahan perasaan. Orang zaman sekrg betul-betul meraih simpati (dalam erti kata lain cube ambil perhatian dan mengorat) dengan cara yang mudah. Buat la status sedih2..marah..tukar status hubungan bagai. Kot la ade orang yang simpati, boleh la pancing kan?

Wednesday, 15 February 2012

Nafsu Serakah ;)

Kadang0kadang bile berduit ni bukan saje nak beli macam2 sebab boros. Tapi kalau nak sesuatu lebih baik beli dahulu sebelum duitnya habis, kita sendiri tak ingat kemane duit tu. Jadi dalam otak ligat berfikir benda yang aku nak. Tak la wajib, tapi hanya sekadar untuk berfikir. zaass~

Twin exhaust tip untuk froggy. Ini hanya ujung je, jadi bunyik atau performance tak ubah pun. Malas nak bising-bising. Jadi bagi cantik jer. Apa jadah la kereta sekarang semua takde ujung exhaust ni. Terjuntai besi je kat bawah. Bajet ka? Hehehe..ni bajet duit tak lebih RM100. Tapi malas nak tengok kat kedai. Pendek kate malas lah.

Myvi Ultra Racing front lower bar. Natang ni die kuatkan struktur yang pegang bahagian depan ni. Tapi lecehnye die akan makan sikit jarak kete ke lantai..nnti mesti sagat ape2 kt jalan. Jadi susah jer. Bajet ni mahal sket RM220.

Boot Lifter. Sebab kereta pun nak masuk 6 tahun. jadi boot lifter pun dah lembik tak boleh bertahan. jatuh kene kepale, tu la yg jadi penahan. Nak beli, tepi belum jumpe seller yang jual murah. Bajet tak lebih RM100.

Saturday, 11 February 2012

Small sedan.

Bertepatan dengan bermulanya perjalanan GK menjadi seorg pelajar post grad disni aku akan melancarkan perang menghasut untuk 2 tahun yang akan datang.
GK seorang yang gemarkan road trip, bersama keluarga atau aku. Tetapi mempunyai Grey tidaklah menepati kriteria yang diharapkan. Kami jarang memandu dengan laju..tapi lebih prefer pemanduan yang selesa dan senyap (Saga BLM so not into this categories).
Unjuran diatas mewakili kumpulan kereta sedan yang berada dalam lingkungan bajet. Ciri-ciri yang diboldkn menunjukkan kelebihan yang terdapat pada kenderaan masing2. Terdapat pengecualian kepada Kia Forte sebenarnya kerana ia seharusnya masuk dalam kumpulan Lancer/Inspira atau Honda Civic. Tetapi melihatkan pada harga(untuk spec 1.6), aku selitkan juga bersama geng2 kumpulan small sedan ini.
Selamat membaca!

Saturday, 4 February 2012

Kamera yang aku suke ;)

Canon Powershot G12

Lumix LX5
 
Ade lagi brand lain? yang nipis, tingan dan ade hot shoe utk external flash. Leceh nak gune dslr sebab berat & tak nak nampak poyo sgt (sebab bukan reti pun gune dslr).