Mari belajar mengenai enjin kereta.
A: Air filter
Untuk berfungsi, enjin memerlukan oksigen bagi membantu pembakaran. Di sini air filter berfungsi untuk menapis udara yang masuk bagi memastikan tiada kotoran atau habuk masuk kedalam enjin.
Kenderaan berlainan mempunyai rupe bentuk air filter yang berlainan tapi mempunyai fungsi yang sama.
B: Bateri
Bagi memberikan kuasa elektrik pada kenderaan seperti radio, lampu, untuk menghidupkan kenderaan, dll. Terdapat dalam 2 jenis iaitu basah dan kering (maintenance free). Sebenarnya sama tetapi kering sesuai untuk orang yang malas memeriksa jumlah air bateri. Name pun maintenance free.
C:Blok Enjin
Di sinilah kuasa untuk kenderaan dijanakan. Dalam gambar ini (Saga FL) menggunakan 4 silinder sebaris. Boleh dilihat melalui jumlah cable spark plug (yang bewarna hitam di atasnya). Tempat mengisi minyak enjin juga boleh dilihat di sini. Air filter disambung ke blok enjin melalui throttle body (atau kaburetor untuk kenderaan lama).
D:Suspension mounting.
Dimana sistem suspensi hadapan 'diikat'. Bahagian ini akan menerima beban dari hentakkan suspensi. Di sinilah penggunaan strut bar boleh membantu mengurangkan tekanan dari hentakkan semasa memandu. Strut bar yang melintang dari mounting kanan ke kiri akan membantu menguatkan dan memberi sokongan kepada kawasan mounting.
E:Radiator
Radiator berfungsi untuk menyejukkan sistem enjin. Di kawasan ini juga terletakkan cooling fin untuk aircond. radiator diletakkan di sini supaya ia mendapat aliran udara yang baik bagi menyejukkan air-air yang kepanasan setelah melalui blok enjin.
F:Exhaust Manifold
Awas! bahagian ini paling panas kerana ianya exhaust manifold. Laluan asap selepas berlakunya pembakaran di dalam blok enjin. Ia akan melalui bwh kereta dan terus ke belakang. Dalam sistem turbo, manifold ini adalah tempat dimana letaknya turbin (atau siput turbo). Pembuangan gas atau asap akan membantu memusingkan turbin.
p/s: Terdapat juga kenderaan yang mempunyai kedudukan enjin terbalik (cthnye manifold menghadap kearah penumpang) tetapi fungsi dan bahagiannye tetap sama.