Hujung tahun dah semakin tiba.
Tayar Grey semakin botak
Adatlah dalam memiliki sebuah kenderaan
Upgrade atau kekalkan?
Tapi rim plastik memang nampak huduh
Mari kita buat kajian
Setup disebelah kiri adalah standard siz rim plastik. 175 mewakili mm lebar tayar itu. 70 mewakili 70%(dari lebar 175mm) saiz dinding tayar itu. Manakala 13 mewakili saiz rim (13inci). Disebelah kanan adalah cadangan saiz baru iaitu saiz sport rim standard BLM atau FL. Upgrade hanya akan meningkatkan saiz sebanyak 0.4%. Tak sampai 1 cm. Lebar tayar hanya bertambah sebanyak 1cm (dari 175mm ke 185mm).
Ini adalah setup paling selamat kerana tak nampak begitu buruk dan masih jimat untk wang jika untuk menukar tayar padan masa hadapan kerana tayar 14 inci agak murah.
Persoalannya, hanya untuk 0.4% adakah ia berbaloi?
Cadangan yang kedua ini adalah menggunakan rim Alza. Dimana masih mengekalkan lebar tayar 185 tetapi menggunakan rim yang lebih besar. Setup ini memberikan peningkatan seebanyak 1.6%. Rim yang sedikit besar akan memberikan bacaan meter dan kegunaan minyak yang tidak sama seperti dulu. Tetapi dengan rupa yang lebih menarik dan tayar yang sedikit besar, adakah ia berbaloi?