Friday, 31 August 2012

Suspension System

Secara amnya sistem suspensi terdiri dari:

Spring

Absorber 
Bagi menyerap hentakan dan memberikan keselesaan.

Anti roll bar pula berfungsi untuk mengawal kadar body roll sesebuah kenderaan itu supaya ianya tidak terlalu lembut semasa mengambil selekoh.

Pada standard OEM(asalan dari kilang) sesebuah aborber and spring mempunyai ketinggian dan kelembutan standard bagi menjamin keselesaan dan kestabilan pada tahap yang optimum bersesuaian dengan kos kenderaan tersebut.
Bagi sistem suspensi 'aftermarket' absorber and spring selalunya lebih rendah dan sedikit keras. Ia akan memberikan pemanduan yang lebih responsif tetapi tidak akan memberikan keselesaan seperti OEM.
Pemanduan yang responsif juga memberikan kelebihan dari segi keselamatan kerana kenderaan mempunyai lebih cengkaman diatas jalan raya.
Bagi yang gemarkan keselesaan tetapi mahukn pemandua yang responsif, penggunaan anti roll bar yang berdiameter besar juga boleh membantu memberikan pemanduan yang berbeza (contohnya Saga BLM dan Saga FLX. FLX mempunyai anti roll bar yang lebih besar berbanding BLM. Ianya mempunyai respons yang lebih baik).

Konsepnya mudah kerana jika suspensi lembut dan tinggi, kadar tekanan spring sewaktu mengambil selekoh akan mempengaruhi respons. Kerana ianya tinggi dan lembut. Jika mempunyai suspensi yang rendah dan keras, ianya lebih responsif kerana tidak banyak tenaga digunakan sewaktu mengambil selekoh. Ini juga dapat dibantu oleh anti roll bar yang tebal kerana ia dapat mengawal sistem suspensi lebih dari yang kecil.

*penggunaan tayar yang lebar dan nipis juga dapat membantu respons kerana tayar yang tebal mempunyai 'flex' yang lebih pada wall tayar.


Tuesday, 28 August 2012

Why some people loves Honda

Notes: The Vtec kicks in after 5000rpm...All the way to 9000rpm.

More power!

Secara amnya bile sebut turbo semua akn pikir untuk laju..terbang. Kenapa nak turbo? bukan boleh bawak laju pun. 110km/h juga. Turbo (dan supercharged) adalah satu sistem suapan paksa (forced induction). Lagi banyak oksigen dapat disuap, lagi berkuasa enjin. Berbeza dengan enjin NA (naturally aspirated) , sistem forced induction memerlukan beberape kit tambahan. Asalannya enjin itu pun wujud sebagai NA (atau enjin kenderaan biasa kita gunakan harian tanpa turbo), tetapi dengan menggunakan turbo enjin yang sama saiz seperti NA ia mempunyai kuasa yang lebih tinggi.

Jangan difikirkan tentang laju sahaja, tetapi lebih kepada keselesaan memandu juga.
Sebagai contoh, sebuah Satria Neo 1.6 mempunyai kuasa torque maksimum 150Nm pasa kelajuan enjin 4500rpm. Kalau dibayangkn, kita perlu memerah accelerator untuk mecapai kuasa tersebut. Tetapi pada enjin 1.6 Turbo Preve/Exora, kuasa sebanyak 205Nm boleh dicapai pada kelajuan enjin 2000rpm, itu adalah rpm pemanduan harian kita.

Mempunyai kuasa pada kelajuan enjin yang rendah memberikan kelebihan untuk memotong (lebih yakin) dan memecut keluar dari persimpangan. Kenapa bile sebut turbo sahaja sudah memikirkan ianya laju, berkuasa dan merbahaya? Enjin Honda telah sedia maklum dikenali sebagai enjin NA yang berkuasa. Tanpa turbo. Tetapi menggunakan kelebihan kekuatan dalaman enjin untuk memperolehi kuasa yang tinggi pada rpm yang tinggi. Tetapi semuanya bergantung pada selera pemandu. Ada juga peminat NA yang gemarkan pemanduan high revving, tetapi ade juga yang suke kuasa 'kejutan' turbo atau supercharged.


If

If i got this, i wont dream to get my small car a turbo or supercharged kit. Hahahahah

Sunday, 26 August 2012

Ikut flow ;)

  1. Absorber depan.
  2. Cermin retak
  3. Rear boot lifter
  4. Strut bar (eh ade ke? hahaha)
  5. Throttle body cleaner.

Saturday, 25 August 2012

Dream

Raya ni penuh dengan cerita2 tentang kerjaya, nak pulak bile berkunjung ke rumah orang. Baik orang tanye kita ataupun kita yang bertanya kepada orang. Melalui perbualan dengan GK semalam mengenai seorang budak sekolah yang tak tahu hala tuju. Dalam dunia zaman sekrang ni semua boleh berubah. Melainkan target anda mahu kerja gomen, itu boleh dimaafkan. Tapi setakat mahu bukak firm sendiri dan berjaya, lupakan sahaja. Bukan mahu merendahkan impian orang lain, tpi takut kecewa lantas terus terpadam api cita-cita yang menggunung. Mahu belajar lagi pun malas.
Pada aku cukuplah bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dan hidup senang. Tak lupa keluarga dan Allah. Mejadi seorang trained pastry cook (insya allah), aku tak menolak sebarang kerja. Sebab baking adalah satu minat aku. I found peace in pastry cooking. Tapi aku tak meletakkan ia sebagai kerjaya yang utama. Dirumah pun aku masih boleh berpastry. Kalau berniaga pun pun aku masih mahu bekerja lain, tpi kerja apa, di mana aku tak specific. Cukup sekadar halal,tak merbahaya dan tidak terlalu mengongkong (berbaloi gaji & beban kerja).
Tak semua orang boleh berjaya muda(less than 35 is young to me). Masing2 ikut jalan yang mereka suka atau pilih. Tapi sekadar mengikut lojik, kalau boleh semuanya aku mahu stabil menjelang umur 40tahun.

  1. Sebiji rumah tanah yang selesa.
  2. Sekurang-kurangnya ada Nissan Latio kontot (kalo takda, Swift je lah, tpi turbo mesti wajib)
  3. Tiap2 tahun boleh melancong dalam negara sendiri (atau luar negara 2-3 tahun sekali).
  4. Dah pergi umrah sebelum umur 40 (dengan GK..or BK time tu). 
Tapi kerja apa, bagaimana tu taknak letakkan sebagai keutamaan. Yang penting aku suke memasak manisan. Oh ya rumah sendiri mau ade pastry kitchen aku. Hihihihi. GK bagaimana pula?

Definitely will be coming back here in future. Philip Island Penguin Parade!