Thursday, 31 October 2013

Volvo S40/V50

Selain BMW 3 series, Volvo S40/V50 adalah kereta terpakai Conti yang kemas berada dalam pasaran.
Harga pada pasaran terpakai model 2.4L 2011 adalah RM109k dan 2008 RM88k.
Model terakhir dalam pasaran ialah 2.0L 6 kelajuan automatik (transmisi dan enin sama seperti Ford Focus).
Kelebihan model ini ialah binaannya yang solid dan rating keselamatan yang tinggi.
Ia memberikan pemanduan premium pada harga yang lebih murah (berbanding BMW).
Kekurangannya ialah saiznya sedikit kecil dan sempit berbanding kenderaan yang sama harga (Honda Accord/Toyota Camry).
Kurangnya populariti seperti BMW 3 series menyebabkan kurangnya alat ganti dan pusat servis yang pakar.
Jika BMW mempunyai AC Shnitzer, Alpina atau M Power
Mercedes ada AMG, Barabus atau Kleeman.
Volvo ada Heico sebagai 'Performance Pack'.

Volvo V50

Volvo S40



Thursday, 10 October 2013

Unjuran Kenderaan

Kejadian malam semalam cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam kepada Grey.

Ekekekeke tipu betul ayat.
Takda ape pun. Cume kesian bile memikirkan satu-satunya kenderaan keluarga paling reliable rumah 186 ialah Meredith Grey.
Atau lebih pendek dipanggil Grey, ialah sebuah Proton Saga BLM Auto yang dibeli sekitar tahun 2008.
Saga BLM dan reliable? Hurmm macam tak boleh berada atau wujud dalam satu ayat.
Tapi itulah kenderaan kesana kemari rumah 186 yang paling berguna.
Hari ni Saga BLM, esok macam Hilux, esok lagi macam kereta rally (lepas kotor).
Kenderaan satu lagi eksklusif untuk Bebed iaitu Froggy.
Tu tak boleh harap nak jadi kenderaan keluarga.
Mau mendapat celaan akibat sakit belakang dan sagat bumper jalan kalau naik ramai-ramai.

Berbalik kepada Grey.
Sebenarnye ade juga unjuran tidak rasmi untuk me'retire'kan Grey dalam tempoh setahun akan datang.
Iyelah walaupun berdasarkan harga dan saiznya, Grey adalah sebuah kenderaan yang bagus. Tapi untuk keluarga kecil boleh la.
Tambahan pula gandingan enjin 1.3 Campro dan kotak gear automatik adalah satu kombinasi kureng sesuai untuk sebuah kenderaan keluarga dewasa. Enjin Campro lebih 'lively' dengan kotak gear manual. Memberikan adrenalin rush sewaktu bermain rpm tinggi. Hehehehehe.
Ada beberapa idea unjuran kenderaan yang akan datang.
Maklumlah baru berumahtangga(yek? rasa mcm bercinta muda2 lagi) jadi kekangan bajet tetap ada.

Antara kenderaan tersebut ialah:
Bajet: RM60k-RM80K.

Perodua Alza 1.5 Auto
 +Pada anggaran bajet, boleh membeli model baharu.
+Tumbang 3rd row seat, bootspace luas. Tumbang 2nd row, IKEA!
+3rd row seat boleh buat emergency untuk kanak-kanak.
+Enjin lama+simple+Teknologi Toyota/Daihatsu=Reliable.
+Enjin yang responsive dan mudah untuk dikendalikan.
+After Sales service yang reliable dari Perodua
-Kualiti dalaman lebih kurang Myvi
-Ride dan handling DNA Myvi
-Belum cukup selesa untuk sebuah keluarga besar
-Bentuk kerusi yang kurang selesa untuk perjalan jauh
-3rd row seat yang hanya sesuai untuk kanak-kanak.

Honda Insight 1.3 CVT
+Ianya Honda
+Menggunakan sistem hybrid, menjimatkan minyak.
+Interior yang kemas dan moden.
+Enjin yang responsive
+Memberikan pemanduan dan keselesaan sebuah sedan.
+Seakan hatchback yang boleh dilipat kerusi bagi menambah luas but.
+Sistem keselamatan pemanduan ESP
-Kurang berkuasa untuk pemanduan 'cruising'.
-Mengikut bajet, hanya mampu yang terpakai.
-Rupa luaran yang aneh (tapi selera masing-masing)
-Sistem hybrid, jadi bukan mudah semua pomen nak repair.
-Masih sebuah kereta sedan. Bukan mpv/suv. 

Proton Preve 1.6 Turbo
+Enjin Turbo yang memberikan pemanduan 'cruising' yang selesa.
+Sebuah sedan yang memberikan keselesaan untuk perjalanan jauh.
+Terbaik dalam kelasnya berdasarkan harga dan saiz
+Berada dalam bajet untuk unit baharu.
+Saiz dalaman dan but yang luas
+4 airbag dan sistem ESP.
-Ianya Proton
-Phobia/Peristiwa Hitam yang lalu.
-Bakal berdepan dengan isu-isu kecil yang tidak dapat diselesaikan.
-Kualiti dalaman yang kureng.
-Penggunaan minyak yang sedikit tinggi.
-Belum menjadi sebuah kenderaan global. Mungkin ada isu dari segi 'maintenance' dan 'spare parts'.

Proton Exora 1.6 Turbo
+MPV yang 'proper' dan selesa.
+Mengikut bajet, boleh mendapatkan yang baharu.
+Saluran air-cond sehingga 3rd row.
+Tumbang 3rd row seat, boot yang sangat luas.
+3rd row seat yang selesa berbanding Alza
+Enjin turbo yang sesuai untuk sebuah MPV besar.
+Mendapat pujian dari sudut handling bagi sebuah MPV.
-Sekali lagi ianya Proton
-Rujuk seperti diatas(Preve)

Proton Suprima
 +Hatchback yang nampak kemas
+Mengikut bajet, berpeluang dapat yang baharu
+Sistem mekanikal yang telah di'update' dari Preve/Exora.
+6 Airbag dan ESP.
+Masih mengekalkan pemanduan selesa dan mantap seperti Preve.
-Masih Proton (rujuk Preve)
-Sedikit berat dari Preve
-But yang kecil berbanding Preve(309L vs 506L)
-Rupa lampu belakang yang sedikit kureng.

Nissan Latio 1.6
+Pemanduan yang mudah dan selesa.
+Kerusi empuk sesuai untuk perjalanan jauh
+Dalam dan but(sedan) yang luas.
+Reliability Nissan
+Jimat minyak untuk sebuah 1.6/1.8
+Versi hatchback Impul nampak unik.
-Mengikut bajet, hanya yang terpakai.
-Spec yang sedikit 'kedekut' untuk versi 1.6
-Spec 1.8 sedikit pemurah tetapi melebihi bajet.
-Handling yang terlalu selesa dan membuai.

Nissan Livina X-Gear 1.6
+Reliability Nissan
+Bentuk seakan SUV tetapi murah.
+Berdasarkan 'review', pemanduannya baik sedikit dari Latio.
+'Leg room' yang luas berbanding Grand Livina
+Lebih ringan dari Grand Livina, jadi tiada masalah menggunakan enjin 1.6.
-Enjin 1.6 yang menggunakan teknologi lama (tidak sama seperti Latio 1.6)
-Bentuk kerusi penumpang tidak seselesa sebuah sedan.
-Ruang but yang sedikit tirus(383L)
-Spesifikasi yang sedikit 'kedekut'.
-Mengikut bajet, hanya yang terpakai. 

Sekian sudah unjuran saya pada kali ini. Kalau WK ade idea lain boleh la diutarakn di ruang komen. Kalau dilihat pada senarai di atas memang tak nampak model seperti Vios, City dan Almera kan? kerana model itu seakan-akan bosan dan tidak memberikan kepuasan tersendiri melainkan hanya logo dan jenama.



Wednesday, 2 October 2013

Rasuah Sport Rim!

Terima Kasih WK.
Hehehe wk paham kot maksud tajuk di atas.
Seronok kereta nampak cantik sikit.
Walaupun WK kate mcm kaki spidet.
Tapi mmg berminggu-minggu buat reseach dan dah mark pun nak design cmtu.
Tu yang masuk kedai terus tunjuk tu.
Kalau sen lebih mmg nk yang lagi besar.
Tapi tu simpan la untuk projek masa hadapan.

      Misi seterusnya:
  1. Kerusi Kereta.
  2. Buat balik eksoz (kalau sen lebih).
  3. Tinted baru yang lebih sopan.
Mari jamu mata kereta-kereta yang guna rim watanabe ni. Mostly kereta lama dan rim lebih lebar. Memang nampak kemas!

 Toyota AE86

Nissan Skyline 1968

Nissan Fairlady 280Z 1978

BMW Z3

Porsche



Tuesday, 24 September 2013

Bajet Bercuti!

Dalam bosan-bosan sempat buat unjuran bajet bercuti.
Tapi unjuran je la sebab bajet belum ada dan harga berubah mengikut musim..

Tuesday, 17 September 2013

Kerja Lepas Kawen

Selamat Penanten Baru!
Kepada diri sendiri dan WK.(Dari GK ke TK..skrg WK).
Tiada apa pun yang significant melainkan kehidupan lebih tenang dan mudah.
No rush..nk tidur pun tayah susah2 nak sms or call..etc.
Mmg expected pun.
Tu tujuan utama nak berumahtangga.
Nak settle down. Tak mahu semak samun pikir.
Dalam berumahtangga jgn ada high expectation pada pasangan anda.
Tapi high expectation itu kepada diri kita sendiri.
Alhamdulillah, target pertama bile berumahtangga ialah berusaha ke jalan yang benar dan lurus (ekekeke).
Yang penting niat dan usaha.

Beberapa perkara yang kene beli atau projek dalam masa terdekat ni:
  1. Penyangkut baju/seluar di pintu atau seperti yang dijual di Giant.
  2. Bakul kain (ikea atau ape2 jenis bakul untuk baju).
  3. Meja untuk study dalam bilik (rumah ibu).
  4. Mengemaskini item di dalam bilik di rumah ibu. Sort out barang2 dari atas.
  5. Mengemaskini sistem pc kesayangan. Oh jaki betul aku pasal Grand Theft Auto yang terbaru. Saya mahu main game itu..apakandaya current setup PC tak larat.
Tu je kot setakat ini. Hehehehe.

Wednesday, 28 August 2013

It's been a while!

Wah3 dah berapa abad tak menulis entry ni.
Masa banyak, tapi terlampau bosan dan malas untuk menulis entry.
Sepanjang kebosanan ni, masa dipenuhi dengan berangan.
Kebelakangan ni acapkali kereta kodok ku ditempelak dgn cara yang lucu oleh TK.
Takpa kite ambil yang jernih, buang yang keruh.
Jadikan ia sebagai dorongan..ekekekeke.
Dorongan mengabih duit ade la.

Ini antara beberapa idea perabih duit yang akan dilakukan dalam masa sebulan dua ni.

Volk CE28
Watanabe (rim ni klasik sket).
Lenso Azura
Enkei RPF-1 (antara all time fav, tapi bersepah pulak orang guna).

Contoh kereta yang menggunakan rim watanabe.

p/s: tengah mikirin ujung minggu nak buat chasis foam. Hahahahaha.

Saturday, 22 June 2013

Froggy

Lama tak update blog.
Setelah sekian lama merana hal rotor disc bengkok akhirnya ada sedikit sen untuk menukar yang baru
Kali ini cube menggunakan disc jenama Brembo
Tak tau brand asalan untuk Myvi. Tapi taknak tahu pun sebab dalam masa 3-4 tahun dah guna 3 set. Sekejap je dah bengkok (steering bergegar semasa brek).
Jadi cube cari brand lain. Dari proride memang nampak ganas, tapi harga pun ganas (RM320 sepasang).
Jumpe brand Brembo spesifikasi oem untuk Myvi. Harga memang murah (RM150).
Kene tunggu lepas 500km baru break in cantik untuk review.
Dapat nego dengan pomen rasmi Abg Michelin. Pasang brake pad baru (jenama Perodua) sekali labour dgn disc brake. TK kata tayah la brake pad mahal. Wasatiah menjamin kecemerlangan hidup. Sekian.

Sedikit sebanyak mengenai Brembo
"Brembo S.p.A. is a manufacturer of automotive brake systems, especially for high-performance cars and motorcycles.
In the 1980s, Brembo began supplying BMW, Chrysler, Lancia, Mercedes-Benz, Nissan, and Porsche with brakes
Brembo brakes are also used by a variety of Formula One teams including Ferrari, and the majority of MotoGP teams use Brembo brakes."

 Kereta seperti Lancer Evolution dan Nissan GTR gune Brembo. Close enough. LOL