Thursday, 8 October 2015

Inside Out

Kebelakangan ini melihatkan kebanjiran beberapa model kenderaan yang baharu.
Selain memperlihatkan rupa luaran yang pelbagai bentuk bagi menarik minat dan perhatian pembeli tidak lupa juga rekaan dalaman model tersebut.

Penggunaan 'scheme' warna yang bersesuaian, 'material yang digunakan dan juga 'design' antara sudut penting yang perlu diambil kira.

Dengan mengambil kira model asalan dari Jepun, model Perodua adalah model yang mengambil jalan selamat. Lebih kepada tidak 'adventurous' dalam rekaan dalam kenderaan tersebut. Ini mungkin bersesuaian dengan target market jenama Daihatsu/Toyota bagi model seperti Sirion/Passo/Boon(Myvi) atau Passo Sette/Boon Luminas (Alza) yang disasarkan untuk pengguna jenama Toyota berbajet rendah.

Penggunaan plastik keras dan warna yang agak selamat (boring sebenarnya), juga memberikan satu kelebihan dari segi ketahanan material tersebut untuk satu tempoh yang panjang. Kekurangannya ialah ia agak bising kerana kurangnya serapan bunyi akibat penggunaan plastik tersebut.

Daihatsu Boon Luminas
Perodua Alza

Melihat pula pada jenama Proton. Sejujurnya masih mencari identiti dalam rekaan dalaman mereka. Model-model terbaru seperti Exora, Preve/Suprima, Saga FLX dan Iriz masing-masing mempunyai rekaan yang berbeza. Tidak mempunyai satu indetiti yang kita boleh kaitkan ianya jenama proton.

Secara amnya kalau dilihat sekali imbas, model Preve/Suprima ini seakan mengikut jejak langkah VW yang minimalis. Cumanya ianya seakan-akan "poor man version" kepada VW. Simple dan minimalis yang nampak kurang berkualiti. Garisan dan sudut yang nampak kasar. Tidak bermain dengan tekstur butang-butang kawalan. Nampak sedikit flat. Terlalu selamat untuk sebuat kenderaan yang target marketnya sedikit tinggi. Tetapi penggunaan soft touch material telah menyelamatkan sedikit rupa dalaman model ini.

Bagi model Exora pula konsep rekaannya sekakan Preve/Suprima. Masih simple, tetapi agak membosankan terutamanya pada bahagian airbag di sebelah penumpang. Steringnye pula seakan tidak kena pada rekaan keseluruhan dashboard tersebut.

Bagi model Saga BLM/FLX ianya kekal ringkas mengikut target market sasarannya iaitu 'entry level'. Dari sudut rekaannya nampak menarik kerana susun atur yang ringkat tetapi sedikit sporty. Tetapi penggunaan material plastik keras menunjukkan ianya sedikit 'murah'.

Bagi model Iriz, satu perubahan yang ketara telah berlaku. Masih kekal dengan penggunaan plastik keras. Tetapi olahan pada rekaan dan teksturnya membuatkan ianya nampak mewah. Rekaan stering dan keseluruhan dashboard juga nampak menarik. Ianya memberikan perbezaan ketara berbanding Preve/Suprima walaupun model itu diletakkan sebagai model atasan.




Thursday, 9 July 2015

A Year Ago!

Salam,

Wah..macam boleh lupa kewujudan blog ini.
Lebih setahun tak bukak
Nak kata bz, tipu sangat

Nak ucapkan welcome back kepada diri sendiri.

Stay Tuned!

Wednesday, 16 April 2014

Miskin Dompet

Dugaan...
Cukup satu patah perkataan untuk menggambarkan kehidupan harian kami.
Kos perpindahan rumah baharu.
Kos deco rumah.
Kos baiki rumah.
Kos bateri kereta.
Kos motor kipas kereta.
Bulan depan kos insuran kereta.
Lepas tu, kos servis kereta (belum campur kos mounting kereta lagi).
Paling 'ultimate' kes catuan air. Hahahahaha.
Tapi apa-apa pun kehidupan kami masih berjalan seperti biasa. Masa makan, kita belasah jer.
Nak berjalan? On jer!
Ahh..persetankan semua kos dan dugaan itu (tapi dugaan air tu berat jugak!).
Yang penting kita happy!
Jom, next trip kita kemana? JPO dah pangkah sebab barangnya sudah ada.
Cameron? pack up your stuff guys! (when? i dunno).

Berbalik pada soal kereta..
Hurmm..bukan mengambil kira sentimental value..tpi lebih logik kepada monetary value.
Kereta guna sekurang-kurangnya 5 tahun. Belum campur tolak 'sakit demam' kereta tu.
Kalau ikut angan2 mat jenin memang nak guna je terus Saga tu.
Tapi nak bagi die betul2 rasa selesa melibatkan bermacam kos.
Bunyi akuarium..nyek2 sana sini..
Kalau ada cash sedebuk memang dh tukar bushing satu kereta..
Balut leather seat..
Masuk arb & strut bar bagi selesa..
Repair leaking minyak enjin tu..
Hurmm...tpi cukup la kot umur kereta itu menghampiri 5 tahun...
Lagipun kene pandang masa depan lagi 5-6 tahun.
Ikutkan selera nak jer Grand Livina (Kalau Chevy Orlando pun cara gak).
Ikutkan laju nak je Exora Turbo.
Ikutkan logik dan poket..sebulat suara Alza je la.
Boleh la shopping IKEA lagik!


Wednesday, 18 December 2013

Counting Days!

Tepat 7 hari nak pergi berjalan.
Setiap hari periksa dengan teliti kat meja kerja ni supaya takda kerja yang belum habis.
Tak tipu je, mmg buat kerje slow-slow sbb nak penuhkan jadual kerja harian.
Huahuahuahua.
Berbalik pada topik asalan iaitu nak pergi berjalan.
Selalunya aku suka buat persiapan rapi dan awal.
Tapi kali ini macam keberatan.
Bukan berat nak pergi, tetapi malas nak berkemas.
Banyak yang perlu dikemaskan. Nak pulak meninggalkan rumah kecil kami untuk jangka masa yang lama.
Nak kemas beg, kemas rumah, kemas bilik dan sebagainya.
Jadi untuk memudahkan kami berdua, aku cuba nak senaraikn beberapa perkara yang perlu dibawa bersama.
Senarai di bawah mengikut pengkelasan supaya mudah untuk diambil kira:

Toiletries Bag
Memandangkan sekarang kami berdua kongsi jer. Jadi ini lebih mudah. Barang ini sama ada masuk dalam bag kecil atau dalam luggage besar.
  1. Minyak angin (cap kapak/kwang long. Minyak kuda mau? ekekeke)
  2. Panadol/Actifast/Ponstan(dalam 4 bijik atau 4 kali makan ikut dosage)
  3. Ubat Selsema (Clarinase/Piriton dsb..yang mengantuk dan tak)
  4. Hurix Inhaler (dah sebati dengan jiwa atau hidung)
  5. Floss/pencungkil gigi (yang mana lebih mudah)
  6. Berus Gigi
  7. Ubat Gigi
  8. Mouth Wash
  9. Koyok atau Yoko-Yoko
Backpack/Hand Luggage
Backpack memang dah sebati dengan jiwa aku. Balik kampung ke..Singapore ke..Aussie ke..mesti ade backpack. Kecik atau besar jer.
Disebabkan berjalan jauh dan dah ada luggage besar, backpack kecil hanya diperlukan di sini.
  1. Baju spare sehelai (Yang nipis sudah memadai)
  2. Face towel
  3. Lip Balm/Vaseline.
  4. Candy! (Mentos atau ape2 yang sejuk)
  5. Jacket (untuk dalam plane)
  6. Lampu Picit (Ye aku salu bwk lampu picit masa travel).
Main Luggage 
Ini tak perlu penjelasan. Tengok tajuk je dah boleh agak.
  1. Baju Tidur (T-shirt sehelai. Boleh digunakan dalam rumah juga)
  2. Baju Berjalan (Anggarkan setiap hari satu)
  3. Baju pergi dan pulang (2 helai)
  4. Seluar tidur (Sehelai. Boleh juga digunakan sebagai seluar rumah)
  5. Seluar berjalan (2 Helai termasuk pergi dan pulang)
  6. Setokin sepasang (atau 2 untuk lebih selamat).
  7. Pakaian dalam(1 untuk dirumah. Yang lain boleh ikut jumlah baju berjalan termasuk pergi dan pulang.
  8. Selipar atau Kasut (ikut mana yang kita pakai masa dalam plane)
Kalau nak 'hardcore' sikit, pakaian berjalan boleh bawa dalam separuh. mungkin dalam 3 helai kerana terdapat mesin basuh di apartment tersebut.
Terdapat juga Gym dan swimming pool di apartment tersebut. Tapi memandangkan kite berjalan, elok la pergi je jalan kat bandar sebagai senaman sambil cuci mata.

Di bawah adalah 'snippet' akan aktiviti yang sudah dalam perancangan.

Philip Island Penguin Parade (Viewing Seat)

Puffing Billy Train

 Queen Victoria Market




Thursday, 31 October 2013

Volvo S40/V50

Selain BMW 3 series, Volvo S40/V50 adalah kereta terpakai Conti yang kemas berada dalam pasaran.
Harga pada pasaran terpakai model 2.4L 2011 adalah RM109k dan 2008 RM88k.
Model terakhir dalam pasaran ialah 2.0L 6 kelajuan automatik (transmisi dan enin sama seperti Ford Focus).
Kelebihan model ini ialah binaannya yang solid dan rating keselamatan yang tinggi.
Ia memberikan pemanduan premium pada harga yang lebih murah (berbanding BMW).
Kekurangannya ialah saiznya sedikit kecil dan sempit berbanding kenderaan yang sama harga (Honda Accord/Toyota Camry).
Kurangnya populariti seperti BMW 3 series menyebabkan kurangnya alat ganti dan pusat servis yang pakar.
Jika BMW mempunyai AC Shnitzer, Alpina atau M Power
Mercedes ada AMG, Barabus atau Kleeman.
Volvo ada Heico sebagai 'Performance Pack'.

Volvo V50

Volvo S40



Thursday, 10 October 2013

Unjuran Kenderaan

Kejadian malam semalam cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam kepada Grey.

Ekekekeke tipu betul ayat.
Takda ape pun. Cume kesian bile memikirkan satu-satunya kenderaan keluarga paling reliable rumah 186 ialah Meredith Grey.
Atau lebih pendek dipanggil Grey, ialah sebuah Proton Saga BLM Auto yang dibeli sekitar tahun 2008.
Saga BLM dan reliable? Hurmm macam tak boleh berada atau wujud dalam satu ayat.
Tapi itulah kenderaan kesana kemari rumah 186 yang paling berguna.
Hari ni Saga BLM, esok macam Hilux, esok lagi macam kereta rally (lepas kotor).
Kenderaan satu lagi eksklusif untuk Bebed iaitu Froggy.
Tu tak boleh harap nak jadi kenderaan keluarga.
Mau mendapat celaan akibat sakit belakang dan sagat bumper jalan kalau naik ramai-ramai.

Berbalik kepada Grey.
Sebenarnye ade juga unjuran tidak rasmi untuk me'retire'kan Grey dalam tempoh setahun akan datang.
Iyelah walaupun berdasarkan harga dan saiznya, Grey adalah sebuah kenderaan yang bagus. Tapi untuk keluarga kecil boleh la.
Tambahan pula gandingan enjin 1.3 Campro dan kotak gear automatik adalah satu kombinasi kureng sesuai untuk sebuah kenderaan keluarga dewasa. Enjin Campro lebih 'lively' dengan kotak gear manual. Memberikan adrenalin rush sewaktu bermain rpm tinggi. Hehehehehe.
Ada beberapa idea unjuran kenderaan yang akan datang.
Maklumlah baru berumahtangga(yek? rasa mcm bercinta muda2 lagi) jadi kekangan bajet tetap ada.

Antara kenderaan tersebut ialah:
Bajet: RM60k-RM80K.

Perodua Alza 1.5 Auto
 +Pada anggaran bajet, boleh membeli model baharu.
+Tumbang 3rd row seat, bootspace luas. Tumbang 2nd row, IKEA!
+3rd row seat boleh buat emergency untuk kanak-kanak.
+Enjin lama+simple+Teknologi Toyota/Daihatsu=Reliable.
+Enjin yang responsive dan mudah untuk dikendalikan.
+After Sales service yang reliable dari Perodua
-Kualiti dalaman lebih kurang Myvi
-Ride dan handling DNA Myvi
-Belum cukup selesa untuk sebuah keluarga besar
-Bentuk kerusi yang kurang selesa untuk perjalan jauh
-3rd row seat yang hanya sesuai untuk kanak-kanak.

Honda Insight 1.3 CVT
+Ianya Honda
+Menggunakan sistem hybrid, menjimatkan minyak.
+Interior yang kemas dan moden.
+Enjin yang responsive
+Memberikan pemanduan dan keselesaan sebuah sedan.
+Seakan hatchback yang boleh dilipat kerusi bagi menambah luas but.
+Sistem keselamatan pemanduan ESP
-Kurang berkuasa untuk pemanduan 'cruising'.
-Mengikut bajet, hanya mampu yang terpakai.
-Rupa luaran yang aneh (tapi selera masing-masing)
-Sistem hybrid, jadi bukan mudah semua pomen nak repair.
-Masih sebuah kereta sedan. Bukan mpv/suv. 

Proton Preve 1.6 Turbo
+Enjin Turbo yang memberikan pemanduan 'cruising' yang selesa.
+Sebuah sedan yang memberikan keselesaan untuk perjalanan jauh.
+Terbaik dalam kelasnya berdasarkan harga dan saiz
+Berada dalam bajet untuk unit baharu.
+Saiz dalaman dan but yang luas
+4 airbag dan sistem ESP.
-Ianya Proton
-Phobia/Peristiwa Hitam yang lalu.
-Bakal berdepan dengan isu-isu kecil yang tidak dapat diselesaikan.
-Kualiti dalaman yang kureng.
-Penggunaan minyak yang sedikit tinggi.
-Belum menjadi sebuah kenderaan global. Mungkin ada isu dari segi 'maintenance' dan 'spare parts'.

Proton Exora 1.6 Turbo
+MPV yang 'proper' dan selesa.
+Mengikut bajet, boleh mendapatkan yang baharu.
+Saluran air-cond sehingga 3rd row.
+Tumbang 3rd row seat, boot yang sangat luas.
+3rd row seat yang selesa berbanding Alza
+Enjin turbo yang sesuai untuk sebuah MPV besar.
+Mendapat pujian dari sudut handling bagi sebuah MPV.
-Sekali lagi ianya Proton
-Rujuk seperti diatas(Preve)

Proton Suprima
 +Hatchback yang nampak kemas
+Mengikut bajet, berpeluang dapat yang baharu
+Sistem mekanikal yang telah di'update' dari Preve/Exora.
+6 Airbag dan ESP.
+Masih mengekalkan pemanduan selesa dan mantap seperti Preve.
-Masih Proton (rujuk Preve)
-Sedikit berat dari Preve
-But yang kecil berbanding Preve(309L vs 506L)
-Rupa lampu belakang yang sedikit kureng.

Nissan Latio 1.6
+Pemanduan yang mudah dan selesa.
+Kerusi empuk sesuai untuk perjalanan jauh
+Dalam dan but(sedan) yang luas.
+Reliability Nissan
+Jimat minyak untuk sebuah 1.6/1.8
+Versi hatchback Impul nampak unik.
-Mengikut bajet, hanya yang terpakai.
-Spec yang sedikit 'kedekut' untuk versi 1.6
-Spec 1.8 sedikit pemurah tetapi melebihi bajet.
-Handling yang terlalu selesa dan membuai.

Nissan Livina X-Gear 1.6
+Reliability Nissan
+Bentuk seakan SUV tetapi murah.
+Berdasarkan 'review', pemanduannya baik sedikit dari Latio.
+'Leg room' yang luas berbanding Grand Livina
+Lebih ringan dari Grand Livina, jadi tiada masalah menggunakan enjin 1.6.
-Enjin 1.6 yang menggunakan teknologi lama (tidak sama seperti Latio 1.6)
-Bentuk kerusi penumpang tidak seselesa sebuah sedan.
-Ruang but yang sedikit tirus(383L)
-Spesifikasi yang sedikit 'kedekut'.
-Mengikut bajet, hanya yang terpakai. 

Sekian sudah unjuran saya pada kali ini. Kalau WK ade idea lain boleh la diutarakn di ruang komen. Kalau dilihat pada senarai di atas memang tak nampak model seperti Vios, City dan Almera kan? kerana model itu seakan-akan bosan dan tidak memberikan kepuasan tersendiri melainkan hanya logo dan jenama.



Wednesday, 2 October 2013

Rasuah Sport Rim!

Terima Kasih WK.
Hehehe wk paham kot maksud tajuk di atas.
Seronok kereta nampak cantik sikit.
Walaupun WK kate mcm kaki spidet.
Tapi mmg berminggu-minggu buat reseach dan dah mark pun nak design cmtu.
Tu yang masuk kedai terus tunjuk tu.
Kalau sen lebih mmg nk yang lagi besar.
Tapi tu simpan la untuk projek masa hadapan.

      Misi seterusnya:
  1. Kerusi Kereta.
  2. Buat balik eksoz (kalau sen lebih).
  3. Tinted baru yang lebih sopan.
Mari jamu mata kereta-kereta yang guna rim watanabe ni. Mostly kereta lama dan rim lebih lebar. Memang nampak kemas!

 Toyota AE86

Nissan Skyline 1968

Nissan Fairlady 280Z 1978

BMW Z3

Porsche