Thursday, 28 April 2011

Ada duit nak buat apa?

Beli jam?(rm100-150)
Dah ada jam casio yang telah berkhidmat untuk aku selama hampir 7 tahun. Mungkin boleh repair jam Timex..ada sesiapa tahu mane nak dapar tali getah jam Timex?

Graphic Card (rm240-300)
Hurmmm...tak berbaloi kot sebab aku berkongsi komputer(dalam tak rela). Jadi kenapa aku nak buang duit dalam masa yang sama orang pun seronok main pc aku..Oh aku bukan badan kebajikan.

Jeans Baru (rm50-100)
Memandangkan kehidupan seharian aku dipenuhi dengan bekerja..jadi macam takda keperluan nak membeli pakaian baru. Mungkin selepas raya boleh kot.

Head Unit baru (radio kereta, Rm200-Rm300)
Molek sangat, sebab cd player myvi dah weng. tapi risau pulak kalau fiiting radio macam najis. Nanti nampak gap-gap. Tunggu la lepas raya kot duit semekut ade banyak..hehehehe...

Lain-Lain
Seperti meracun kekasih hati untuk makeup kereta. Spoiler duck tail agak mampu, tapi tak nampak macam 'cartoon network' ke kalau ade spoiler tapi rim donat? Nak tukar rim sukan harga memang mahal, lagipun tayar masih elok (tahan lagi setahun, kalau takda masalah). Nak tukar spring atau pasang rear anti roll bar, macam aku sorang je yang akan feel layan merempit kat jalan bangi lama..hahahaha. Mungkin boleh tukar speaker saga dan repair tinted belakang kan. huhuhuhu..

p/s- Stereng baru?

Oh dah pukul 1pm, aku belum mandi ;p





.

2 comments:

  1. .sicomelmatasepetesshhheeeeh.29 April 2011 at 08:58

    Spoiler duck tail agak mampu, tapi tak nampak macam 'cartoon network' ke kalau ade spoiler tapi rim donat? <--- pelan-pelan kayuhhh la weehhh. hahaha.

    ReplyDelete
  2. betui gak kn..wahahahha

    ReplyDelete