Honda Accord 2.0 Vti-L
Ini adalah salah satu model Big 3 di Malaysia selain jenama Toyota dan Nissan.
Harga: Rm149,800
Pros: 5 kelajuan auto, Air-cond belakang, Saiz yang besar, handling yang agak bagus.
Cons: Tidak mempunyai trip komputer yang lengkap untuk kenderaan harga ini.
Toyota Camry 2.0G
Ini adalah model paling laris berbanding Accord dan Teana kerana mempunyai name Toyota
Harga: Rm154,990
Pros: Jenama Toyota yang dikenali tahan dan berkualiti. Air-cond belakang. Pemanduan yang selesa.
Cons: Pemanduan yang terlalu selesa menyebabkan ia agak lembut. Masih menggunakan gearbox 4 keljuan auto.
Nissan Teana 2.0 Luxury
Model terbaru di pasaran Malaysia. Mengetengahkan ciri-ciri eklusif sebuah sedan.
Harga: Rm145,000
Pros: Enjin 2.0 dan gearbox CVT dari Sylphy yang menjimatkan minyak. Air-cond belakang. Mementingkan keselesaan dan pemanduan yang lebih baik dari Camry.
Cons: Tidak mempunyai auto cruise untuk model 2.0.
Mazda 6 2.0
Model yang agak 'rare' dipasaran Malaysia. Ini mungkin disebabkan pada satu ketika Mazda 'menarik diri' dari pasaran Malaysia. Kini ia kembali dengan model-model yang mantap. Masih memerlukan masa untuk bertapak.
Harga: RM148,933
Pros: rupa yang agak garang. pemanduan sporty tidak seperti Camry, Accord dan Teana. Model dari Jepun yang membawa kelainan dari segi pemanduan. Menggunakan gearbox auto 5 kelajuan.
Cons: Model 2.0 tidak mempunyai leather seat. After sale service.
Peugeot 407
Satu satunya model yang datang dari negara Eropah tetapi masih mempunyai harga yang berpatutan.
Harga: RM 137,740
Pros: Rupa yang menarik. Memiliki pemanduan yang selesa ala eropah, tidak seperti kenderaan Jepun (kecuali Mazda). Mempunyai 7 beg udara bebanding saingannya (2 atau 4 beg udara sahaja). Mempunyai air-cond belakang juga.
Cons: Sedikit kecil berbanding yang lain. Masih menggunakan gearbox auto 4 kelajuan (model 308 sudah menggunakan 6 kelajuan). Rupa yang menarik juga boleh membuatkan ia cepat bosan dilihat.





masih tak tau nak beli yang mana. -_____-" (macam ye2 je aku nak beli hahahha)
ReplyDeletekalau pikir nk slamat..accord or camry. nk sedap n lain sket mazda 6 ah.
ReplyDelete