Wednesday, 26 October 2011

Allah itu Maha Mengetahui~

Sungguh tak dapat nak dipertikaikan kekuasaan Allah swt. Dari mencipta alam dan mengatur hidup dan langkah alam sekeliling. Sesuatu kejadian, peristiwa ada hikmahnya dan Allah itu Maha mengetahui.

  1. Allah Maha Mengetahui bila Dia mencipta seseorang itu tidak beberapa cantik atau lawa. Bile tak lawa pun berperangai jelik atau diva macam mana pula bile mempunyai paras wajah yang menarik. Tak gitu? Yang penting ialah hati, kerana baik buruk luaran, hati yang bersih akan memberikan raut wajah yang menarik.
  2. Allah itu Maha mengetahui bila Ia tidak mahu memberikan kesenangan hidup kepada seseorang dengan mudah. Apabila hidup yang tak beberapa mewah dan meminjam kenderaan mewah pun dengan alasan mahu bergaya dan berlagak mewah. Macam mana pula kalau memang betul-betul mewah? Pasti lebih teruk tahap berlagaknya.
  3. Allah itu Maha Mengetahui bila ia memberikan kesusahan dalam hidup seseorang. Tidak mengurniakan pasangan yang senang, atau dilahirkan dalam kelurga yang senang. Kerana Ia mahu kita belajar menjadi diri sendiri. Usaha dan hati yang bersih serta bersyukur akan dikurniakan hidup yang ceria. Apa pula yang berlaku kalau memang kita seorang yang kaya raya tetapi berhati busuk? Kronik la hasilnya.
  4. Allah itu Maha Mengetahui apabila tidak memberikan kesenangan kepada kita dalam pembelajaran supaya kita lebih berusaha dan menghargai setiap peluang yang ada. Mungkin kalau mudah berjaya kita akan boros, lupa diri dan bersikap angkuh..
Apa-apa pun yang penting usaha, mempunyai niat yang betul dan hati yang bersih. Selepas itu tawakkal. Pasti akan mendapat hidup yang kita mahu meskipun tidak kaya wang ringgit.


3 comments:

  1. go for orange luf! hehehe. ehhh ehhh.. i cantik tapi tak berlagok dan berperangai jelik pun *perasan* hahahaa.

    ReplyDelete
  2. ngu3 n3 ni scr general. semua kne...tmasuk luf..i..hihihih. mungkin kalo luf byk duit lagi bowos..i kalau bjaya dlm study akan lupe diwi. kui3. mintak dijauhkn la sikap sebegitu..wallahualam~

    ReplyDelete
  3. betol.. tak banyak duit pun boros dan boroi ada banyak duit cemana la pulak heh.

    ReplyDelete