Tuesday, 13 December 2011

Brek Cakera

Atas sebab skema saje je gune terma brek cakera atau lebih dikenali sebagai disc brake.
Umumnya disc brake adalah sistem brek sesebuah kenderaan baik kereta mahupun motorsikal. Sekrang pun basikal yang mahal sudah guna disc brake.
Secara amnya disc brake hanya digunakan untuk tayar hadapan kerana apabila brek, tayar hadapan memerlukan lebih daya untuk berhenti bebanding tayar belakang. Jadi kekeuatan brek amat diperlukan dibahagian belakang. Brek belakang hanya berfungsi untuk mengstabilkan kenderaan semasa break (daya yang dipelrukan hanya sedikit).
Sebab itu disc brake pada kenderaan kecil hanya terdapat di tayar hadapan (belakang drum brake). Manakala tayar belakang menggunakan drum brake.
Disc brake memberikan cengkaman yang lebih dan dapat menghilangkan haba lebih cepat dari drum brake kerana rupa fizikalnya yang terdedah kepada udara.
Ciri-ciri umum disc brake hadapan ialah ianya mempunyai lubang pengudaraan(vented/ventilated disc brake).

 Terdapat ruang udara pada bucu disc untuk menyejukkan permukaan disc. Disc brake yang panas akan menyebabkan 'brake fade' dan kegagalan brek berfungsi dengan baik. Disc brake tanpa lubang pengudaraan dipanggil solid disc brake. Ianya selalunya digunakan pada tayar belakang untuk kenderaan yang besar (seperti Proton Waja, Satria Neo atau Proton Perdana). Disc brake pada tayar belakang telah menjadi trend kenderaan mewah walaupun kalau mengikut saiz yang sama, drum brake belakang akan memberikan kuasa brek yang sama dengan disc brake belakang (kecuali dalam perlumbaan).


 Cross drilled rotor dics adalah jenis disc brake yang digunakan untuk kenderaan perlumbaan atau yang pantas seperti Ferrari. Tetapi terdapat juga untuk kenderaan harian sebagai 'upgrade' untuk cengkaman yang lebih dimana lubang-lubang tersebut berfungsi untuk mengeluarkan haba dan air dengan lebih cepat. Tetapi ia berisiko untuk retak dan rosak. Terdapat juga hujah mengatakan bahawa ia sebenarnya tak perlu. Kalau betul ia kuat kenapa kereta F1 tak guna cross drilled rotor dics?


Break jenis ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan cross drilled. ia dinamakn slotted rotor disc. Juga berfungsi untuk mengurangkan haba dan air semasa basah.

1 comment: