- Enjin kereta F1 bersaiz 2.4L V8 mempunyai kuasa lebih kurang 700bhp (Nissan Teana 2.5L V6; 182bhp).
- Enjin F1 menggunakan 75L minyak untuk 100km. Lebih kurang 1.3km untuk 1 Liter minyak.
- Disebabkan pembinaan enjin F1 begitu teliti dan berteknologi tinggi, tahap kecekapan enjin F1 ialah 20% lebih cekap menukar penggunaan minyak kepada kuasa dari enjin kenderaan harian.
- Hasil dari teknologi aerodinamik F1, pada kelajuan 130km/h sebuah kereta F1 boleh melekap pada permukaan jalan 2 kali ganda berat kereta F1 itu.
- Hasil daripada 'downforce' itu, secara teorinya pada kelajuan penuh, sebuah kereta F1 boleh dipandu terbalik dalam sebuah terowong.
- Sebuah kereta F1 mempunyai berat sebanyak 440kg. Tetapi undang-undang F1 meletakkan berat minimum ialah 640kg. Jadi pasukan akan meletakkan pemberat ke dalam kereta dan memberikan kemudahan untuk mereka menentukan 'weight distribution' kereta F1 tersebut.
- Sebuah tayar F1 hanya tahan untuk 300km sahaja kerana menggunakan getah lembut untuk memaksimumkan cengkaman.(Tayar kenderaan harian dalam lingkungan 80000km).
- Brek cakera kereta F1 diperbuat dari komposit karbon berbanding besi seperti kenderaan harian. Ini kerana ia perlu menahan suhu setinggi 1000C. (kenderaan biasa dalam 400-500C)
- Sebuah kereta F1 boleh memecut dah berhenti dari 0-160km/h-0km/h dalam masa 5 saat.
- Disebabkan memandu pada kelajuan yang tinggi, pemandu F1 perlu berlatih untuk menguatkan otot leher mereka. Juan Pablo Montoya boleh melakukan senaman leher menggunakan berat 23kg untuk 300 kali.
- Sebuah kereta F1 boleh memecut selaju, (0-100km/h: 1.7 saat. 0-200km/h 3.8. 0-300km/h 8.6saat)
- Pada pecutan sehingga 200km/h pemandu akan mengalami 1.45g(1.45 tarikan graviti)
- Memberhentikan kereta F1 dari kelajuan tinggi, pemandu akan menerima 4.5g-5.0g.(Bugatti Veyron 1.5g).
Cakap, cakap, cakap dan bercakap mengenai dunia, isu semasa, makanan, kereta, motor, kehidupan, percintaan dan berangan.
Wednesday, 14 March 2012
Formula 1
Few Facts regarding Formula 1 car. Sempena ketibaan round kedua Sepang 23-25 March nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

tang muscle leher tuh yang epic tuh. i'm imagining something else plak bahahaha dasar~
ReplyDeleteanduk2...hahaha
ReplyDelete