Selain dari kekuatan hp dan torque enjin sesebuah kenderaan, berat juga akan mempengaruhi prestasi kenderaan tersebut lebih-lebih lagi untuk pick up yang pantas.
Hasil dari bantuan google dan bebrapa website aku telah mengira beberapa power to weight ratio kereta dari pelbagai model.
Angka ini bermaksud hp:pound. Lagi tinggi jumlah hp, lagi bagus kuasa yang disalurkan mengikut berat.
Perodua Alza = 0.04
Myvi 1.5 = 0.047
Myvi 1.3 = 0.042
Viva 1.0 = 0.035
Toyota Vios (latest) = 0.046
Toyota Vios(Old) = 0.05
Toyota 86 = 0.069
Proton Saga FLX = 0.04
Satria Neo = 0.047
Mitsubishi Lancer Evo X = 0.082
Ariel Atom K20A1 = 0.181
Subaru Impreza WRX Sti = 0.09
Nissan Livina X-Gear = 0.041
Nombor diatas hanya mewakili hp. Faktor torque (Nm) juga harus diambil kira untuk mengetahui prestasi secara lengkap. Torque mempengaruhi keupayaan sesebuah kenderaan untuk membawa berat. Sebuah lori tidak mempunyai hp yang tinggi, tapi mempunyai torque yang tinggi. Sebab itu lori nampak perlahan tetapi boleh membawa berat yang besar.
Ahhh ahhhhh tak pahammmm hihhihi.
ReplyDeletehihih kalo nombor tu besar..means lg power ah.
ReplyDeleteoo hebatla ariel atom cmtu.
Delete