Tuesday, 28 August 2012

More power!

Secara amnya bile sebut turbo semua akn pikir untuk laju..terbang. Kenapa nak turbo? bukan boleh bawak laju pun. 110km/h juga. Turbo (dan supercharged) adalah satu sistem suapan paksa (forced induction). Lagi banyak oksigen dapat disuap, lagi berkuasa enjin. Berbeza dengan enjin NA (naturally aspirated) , sistem forced induction memerlukan beberape kit tambahan. Asalannya enjin itu pun wujud sebagai NA (atau enjin kenderaan biasa kita gunakan harian tanpa turbo), tetapi dengan menggunakan turbo enjin yang sama saiz seperti NA ia mempunyai kuasa yang lebih tinggi.

Jangan difikirkan tentang laju sahaja, tetapi lebih kepada keselesaan memandu juga.
Sebagai contoh, sebuah Satria Neo 1.6 mempunyai kuasa torque maksimum 150Nm pasa kelajuan enjin 4500rpm. Kalau dibayangkn, kita perlu memerah accelerator untuk mecapai kuasa tersebut. Tetapi pada enjin 1.6 Turbo Preve/Exora, kuasa sebanyak 205Nm boleh dicapai pada kelajuan enjin 2000rpm, itu adalah rpm pemanduan harian kita.

Mempunyai kuasa pada kelajuan enjin yang rendah memberikan kelebihan untuk memotong (lebih yakin) dan memecut keluar dari persimpangan. Kenapa bile sebut turbo sahaja sudah memikirkan ianya laju, berkuasa dan merbahaya? Enjin Honda telah sedia maklum dikenali sebagai enjin NA yang berkuasa. Tanpa turbo. Tetapi menggunakan kelebihan kekuatan dalaman enjin untuk memperolehi kuasa yang tinggi pada rpm yang tinggi. Tetapi semuanya bergantung pada selera pemandu. Ada juga peminat NA yang gemarkan pemanduan high revving, tetapi ade juga yang suke kuasa 'kejutan' turbo atau supercharged.


3 comments:

  1. i kalau sebut turbo bukan pikir laju ke hapa. pikir bising kepish kepishhh tuh hahaha.

    ReplyDelete
  2. keh3..tu la sapal. kne bli kete turbo yg dri kilang bru xde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak suh beli gop la tu hahahaaa. nantila dah ada phd kita beli tat. u doa la i dapat scholarship buat phd hihihi.

      Delete