Saturday, 20 October 2012

Leaking?

Baru-baru ni terdengar percakapan sis in-law pasal salesman bgtau yang ade oil leaking pada enjin Toyota Viosnye. Jadi used value kereta itu jatuh (konon ade kerosakkan).
Setelah diamati, melihat beberapa enjin kenderaan lain (berumur 3 tahun keatas) oil leaking ini kena dilihat melalui logik..Berapa UMUR kenderaan tersebut.

Minyak enjin dalam enjin kereta dikedapkan salah satunya oleh oil seal yang bernama gasket. Kedudukan gasket ini adalah antara blok enjin dan kepala enjin (head). Ia berfungsi utk seal dan mengelakkan kebocoran pada enjin. Tetapi mengikut peredaran masa dan umur kenderaan tersebut (selalunya 3 tahun keatas) gasket akan menipis jadi oil stain akan dapat dilihat pada tepi blok engine. Ia adalah barang wear and tear. Jadi susah untuk melihatnya sebagai satu kerosakkan enjin.

Caranya mudah sahaja, selepas servis kereta, dalam 5000km periksa kembali takat minyak enjin, kalau masih menunjukkan max atau tak nampak sebarang perbezaan yang ketara maka enjin oil seal masih berada dalam keadaan yang baik(masih normal) walaupun ada oil stain pada enjin blok. Tetapi jika ia menunjukkan low, maka wujudlah penyakit oil leaking yang kronik disitu.

Walaupun tak kronik, digalakkan menukar gasket baru atau menggunakan additive oil seal untuk mengelakkan kebocoran yang lebih. 

1 comment: