Friday, 22 March 2013

Manifesto

Kehangatan pilihanraya umum semakin terasa.
Kemunculan ustaz2 dan ahli politik facebook semakin ramai.
Serangan peribadi bermula.
Menifesto macam-macam keluar
Bantuan rakyat
Tol percuma
Bantuan buku
Harga kereta turun
Macam-macam
Tapi semua manifesto berpaksi kepada bantuan ekonomi atau lebih mudah berunsur wang
Itu menunjukkan manusia ini mudah mengikut hala tuju yang berasaskan wang
Tidak salah menjanjikan kemudahan hidup
Tapi banyak lagi perkara-erkara lain yang perlu ditangani secara serius.
Aku bukan seorang ahli politik
Jauh lagi untuk berbicara mengenai politik yang secara umumnye ustaz2 dan politician facebook lebih mengetahui dari A to Z.
Tapi sebagai rakyat marhains yang suke memerhati kalau diberi peluang untuk mengubah sesuatu,
ada beberapa perkara yang aku lebih 'concern'..tolak tepi hal ekonomi.
Antaranya ialah:

Keselamatan jalan raya
  •  Sampai bila nak tengok bas ekspress/lori memecut laju melebihi kelajuan yang ditetapkan? Setiap kali kemalangan ngeri menteri mula bersuara seperti hero. End up senyap. Black box, speed gps..mana pi? Bas yang kononnye dilengkapi GPS tracker..same je lajunya 120km/h.
  • Minimum safety spec untuk kenderaan di australia ialah 6 airbag dan stability control. Kos yag tinggi? betul. Tapi di Australia harga kenderaan mereka ditentukan oleh luxury trim. Biar rim besi tutup plastik. Biar kerusi kain. Tiada leather trim. Tiada spoiler. Tiada sound system meletup. Tiada warna metalik. Tiada sunroof. Tetapi minimum safety spec mestilah tip top. Bukan macam kita, yang dipentingkan sport rim, leather seat, sistem audio. Kau dengar la lagu meletop2..suruh radio tu selamatkan kau bile kemalangan.
  • Penguatkuasaan undang-undang2.AES bagus, tpi mcm mane ketelusannya? Adakah betul tempat yang diambil kelajuan kenderaan itu? Selain AES, pemandu yang memotong di laluan kecemasan macam mana? pemandu yang tidak memakai seat belt? penunggan motorsikal tanpa memakai helmet? anak kecil menunggang tanpa helmet? Kalau betul kerajaan nak duit, kesalahan mcm ini lebih menguntungkan polis dan bersebab keras untuk disaman.
  • Mulakan matapelajaran keselamatan jalan raya sejak tadika. Bermula dari cara-cara melintas jalan. jangan lintas mcm ayam. Topik keselamatan akan berubah silibus mengikut peringkat umur. Bila berada di sekolah menengah tekankan pada keselamatan menunggang motorsikal.
Pendidikan
  • Berikan perhatian kepada pendidikan moral. Agak kejam, tetapi pelajar islam juga perlu didikan moral. Orang yang berpendidikan islam belum tentu moralnya bagus.
  • Sex education? tak perlu. Dengan didikan moral dan pendidikan islam yang mantap, pikir sendirilah. Fokus kepadasubjek keselamatan jalan raya dan alam sekitar.
  • Kurangkan penekanan pada peperiksaan hujung tahun. Lebihkan kepada projek berkumpulan/kemahiran. Dari awal pelajar dapat tahu kelebihan masing-masing.
Sukan
  • Wujudkan sistem akademi bola sepak di sekolah-sekolah harian. Wujudkan satu kelayakkan minimum dari sezi fizikal dan pencapaian pendidikan. Wujudkan satu sistem pendidikan yang sesuai dengan pelajar-pelajar projek ini. 
  • Pelajar-pelajar projek sukan ini akan terlibat dalam program/pertandingan di dalam daerah/negeri segara berterusan sepanjang tahun. Minimum 6 bulan. Bukan sekali main sebat 4-5 hari lepas tu habis dh.
  • Hasil dari pencapaian sukan dan pendidikan yang bagus. Atlit tak perlu risau untuk menjadi ahli sukan professional kerana mempunyai bekalan taraf pendidikan untuk masa hadapan.
  • Raikan atlit seperti seorang sebriti.Wujudakan saluran sukan tempatan. Bola sepak, squasy, badminton, lumba cup rix..semua wajib ditayangkan live.
Cubabaca manifesto diatas, bukankah lebih menarik kalau begitu?
Tidak lupa, tolong selesaikan masalah budak2 mintak derma menggunakan nama pertubuhan Islam ni.

2 comments:

  1. sukaaaaa sangat manifesto yang ayat last tu hihihi.

    ReplyDelete
  2. undilah sy utk parti jawa. hehehe

    ReplyDelete