Tuesday, 21 May 2013

Soft Launch!

Dah beberapa bulan idea ini diutarakan sesama kami tetapi masih belum terlaksana. Semuanya akibat kelaparan jadi terlupa nak mengambil gambar makanan.
Idea itu ialah food blog!
Sasaran kami ialah kedai-kedai atau gerai-gerai makanan tepi jalan yang murah.
Mungkin boleh menyelit sedikit restoran yang sedikit 'upmarket'.
Idea ini timbul selepas majoriti blog yang menceritakan tentang makanan, majoritinya berasaskan western food atau upmarket.
Bukan semua pengguna internet gemar (atau mampu) untuk makan di restoran-restoran tersebut.
Memandangkan kami gemar makanan murah, jadi kami cuba untuk membantu rakyat-rakyat jelata seperti kami untuk mencari makanan murah dan enak. Atau sedikit mahal (sekali sekala manjakan perut kenn).
Antara info yang akan diberikan ialah:
Alamat atau tempat kedai tersebut (beserta arahan jalan yang ringkas).
Kelas untuk jenis kedai: Stall/gerai/restoran/fast food (berserta anggaran kapasiti)
Servis. Boleh diberikan menerusi bintang dan sedikit komen.
Harga. Cukup sekadar komen.
Rasa dan saiz makanan.
Rating keseluruhan. Mungkin boleh menggunakan bintang dan sedikit humor.
Apa kata anda?

2 comments:

  1. sapa la 'anda' tu ahahahaha.

    ohhh saya setuju abang halim! *tetiba je*

    ReplyDelete
  2. hai nama saya fatimah *lagi tetibe*.

    ReplyDelete