Jangan samakan orang yang bekerja untuk menyara hidup (anak & bini jika ada) dan orang yang bekerja percuma semata-mata untuk memmenuhi kriteria kursus sijil yang diambil.
Orang yang memperolehi gaji akan terus bekerja sebab dalam fikiran mekreka, gaji yang diterima mestilah dari usaha dan kerja yang ikhlas. Malas macam mana sekalipun 'in the end of the day' kerja yang ditugaskan mestilah siap.
Fikiran sebegini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk terus bekerja. Hujung bulan gaji masuk. Kalau ade OT lagi masyuk. Ditambah lagi kalau tempat bekerja mempunyai sistem appraisal dimana prestasi anda akan dipantau dan menerima imbuhan tambahan jika cemerlang.
Jadi jangan disamakan dengan orang yang bekerja secara percuma. Bukan aku memberikan alasan untuk bermalasan. Tapi kenapa aku buat kerja yang sama dengan semua orang (ataupun hampir sama) tetapi tidak mendapat apa-apa imbuhan. Bukan untuk demand diberikan wang, tetapi hanya satu perasaan memahami sudah mencukupi.
Kalau alasan pihak pengurusan yang mereka akan memberikan report proses kerja aku, itu pun hanya akan diketahui pada hujung latihan. Bukan secara bulanan. Apa akan berlaku tetiba pada laporan kau, kerja aku macam najis? Dimana sepanjang tempoh latihan itu aku membuat kerja yang sama seperti orang lain yang menyumbang dan menjana wang untuk hotel. kalau perkerja part-time buat najis selepas sebulan pun mereka akan diberi wang sebelum diberhentikan kerja kerana itu hak mereka. Aku lepas sebulan tak mendapat apa-apa melainkan 'so called' ilmu yang diberikan.
Renung-renungkanlah.
p/s- Dalam apa-apa kerja sekalipun hormati pekerja-pekerja lain. Kerana merekalah yang melengkapkan organisasi. Walaupun anda bos, pejabat takkan bersih kalau tak ada cleaner. Pejabat tak akan terurus tanpa maintenance worker. Kerja-kerja anda akan lebih semak tanpa assitant anda. Jadi hormatilah mereka. Lebih-lebih lagi jika perkerja itu bukan pekerja anda dan mereka mempunyai bos sendiri. Anda mau kerja cepat, mereka pun nak cepat. Bos anda marah, bos mereka pun akan marah. Cakap elok-elok, sama-sama kerja elok.
raaawww raaawwwww etri bengis hahaha. sentiasalah bersangka baik k. report daripada hr datangnya daripada bos di dapur. so bersangka baiklah pada bos-bos di dapur tu. insyaAllah Allah bersamamu, nak. *gaya-gaya nenek kebayan bagi ucapan hahaha*
ReplyDeleteso-called ilmu pun, ilmu jugak, kan? walaupun dulu masa praktikal i didnt learn much about teaching *dah subject bagi bukan apa yang sepatutnya*, tapi tempoh tuh buat aku kenal perangai bangsa-bangsat yang lebih menjadikan aku racis hahaha.
apa pun, sabarlah k. hidup spa *yang mulanya aku ingtakan u nak kata spa tempat urut tu* demi masa depan kita!
tq nenet omel. kui3.. hidup kuis ah..nk jdi pembantu halamanku. wahahah
ReplyDeletekite cecuba cecuba nanti k hihi.
ReplyDelete