Wednesday, 6 July 2011

Malas!

Kenapa aku malas?
Hati bukan disitu, badan saje yang wujud..
Kata kawan aku "kau ni banyak sangat berfikir, cube jadi macam aku. Ketawa jer".
Aku ada satu ciri yang pada aku ade kesan +ve & -ve.
Aku suka & kerap berfikir.
Bila nak membeli hp aku akan berfikir. Buat kajian dari segi spesifikasi, harga dan warna..
Sama juga seperti kamera, kasut atau berangan hendak membeli kereta..
Semua kena fikir dan buat keputusan melalui berfikir..
Aku bukan jenis menerobos masuk dalam membuat keputusan..
Biar kita rugi walaupun sudah berfikir kerana kita sudah berusaha. Jangan rugi akibat membuat keputusan dengan gopoh.
Kesan -ve nya ialah bila kita berfikir susah la hendak membuat keputusan atau menerima sesuatu dengan mudah.
Aku bekerja sebagai intern disebuah 'syarikat' yang agak kedekut..
Jadi bila aku berfikir dan berfikir aku tau memang hati aku sudah berat untuk berada disitu..
Kenapa aku tidak dibayar gaji sedangkan kerja aku sama sahaja seperti orang lain?
Adakah kerana aku intern yang belum mempunyai sijil? Ada saja pekerja disitu yang hanya mempunyai SPM atau sijil yang tidak berkait. Part timers pun ade juga..Masih dibayar.

Tempoh hari baharu aku mengetahui bahawa seorang rakan aku yang permanent hanya dibayar RM3.50 sejam untuk overtime! what the what?
kalau diikut gaji sebulan mereka yang berkerja 6 hari seminggu, 8jam sehari mereka mendapat lebih banyak dari part timers (yang dibayar RM5 sejam). Bermaksud purata gaji sejam mereka lebih dari RM5. tetapi kenapa mereka hanya mendapat RM3.50 untuk overtime? sepatutnya sekurang-kurangnya RM5 atau lebih sebab bayaran OT mestilah 1 1/2 dari bayaran jam biasa.
Kesian..akibat sikap kau yang tidak suka berfikir itu menyebabkan kau tidak sedar yang kau sebenarnya 'underpaid' oleh pihak syarikat. Kau kerjalah macam anjing.

Ada hikmahnya bila kau rajin membaca dan tahu serba serbi!

4 comments:

  1. ngu3 memang la fikir banyak tuh tak bagus tapi takkan kadang-kadang as a human being, you tak terfikir langsung kennn. normal humans must have the curiosity.

    furthermore, whatever decisions you need to take must be considered thoroughly as the consequences may be to big to be handled. takkan asyik2 bila tak happy nak consult diri kata itu takdir.

    tak pasai-pasai takdir plak yang disalahkan padahal you can choose and you have the choice.

    ReplyDelete
  2. yeap2..especially bile kite ni jenis x berduit n bli mende mhl2. hahaha jdi nk mpv ape? grand livina or rondo? ;p

    ReplyDelete
  3. haha mestila rondo. you know how much i'd prefer rondo than your all time fav grand livina.

    ReplyDelete
  4. tapi..tapi..hahaha

    ReplyDelete