Wednesday, 31 August 2011

Sesuatu Untuk Direnungkan.

Semalam adalah hari pertama dalam bulan Syawal. Memulakan hari dengan solat sunat Aidilfitri (Sunat muaakat ye iaitu sunat yang dituntut. betul-betul berada dibawah hukum wajib). Tapi sepatah haram pun isi khutbah aku tak tangkap..bosan dan merewang-rewang minda aku.
Sebelum solat bermula aku telah terjumpe 'bos' masa aku OJT kat Hotel EQ hari tu (aku anggap bos jugak sebab dia boleh dianggap sebagai shift supervisor dan lagi expert dari aku). Sebagai saudara baru (baru ka? tak tau bile die convert) Aflan hanya meraikan hari raya berseorangan di sini (family kat Swak), jadi mangsa untuk meneman die adalah Acap a.k.a Labun (kawan sekolah dari primary dulu tapi end up die jadi tukang masak yang jauh lagi exp dari aku).
Agak meruntun hati bile Acap turun dari kereta dan mengangkat bapak die yang tua masuk ke dalam surau..angkat ye..bukan tolak gune wheelchair. Acap juga memandu sebuah Proton Iswara yang agak kucar kacir. Aku yakin itu saja kenderaan yang ada dirumahnya. kalau dilihat di rumah aku..(bukan la ade BMW, Merc atau Audi) ada la beberapa kenderaan yang nampak elok seperti Myvi dan Myvi dan juga Myvi (ada 3 Myvi..sekian ok bye)..terdapat juga sebuah Perdana (ada kemek sedikit). Jika dibandingkan dengan Iswara Acap tu, memang nampka ketara rupanya.
Tapi tak semua manusia beruntung dalam hidup mereka. Acap bukanlah seorang pelajar yang pandai semase zaman persekolahan dahulu..nak kata hensem, aku bangun tidur pon lagi hensem dari die yang dah bersiap nak pegi annual dinner Hotel EQ. Tetapi 'drive' yang die ada untuk meneruskan hidup amatlah dikagumi. Dia memang cenderung dalam bidang masakan..dari Pizza Hut ke Manhattan Fish Market dan sekarang sebagai commis cook di EQ.
Dalam hidup kita tak perlu kagum kepada orang-orang seperti Tun M, Mokhtar Al-Bukhary, atau Sheikh Muzapahar untuk dijadikan idola untuk memajukan diri. Kita hanya perlu lihat org yang terdekat sahaja. Sekadar melihat Acap yang gigih berkerja, angkat bapak die masuk surau, dan memandu Iswara buruk itu sudah memadai untuk kita.
Berfikir sejenak, renungkan kehidupan yang aku ada. Bukanlah aku menyesali sikap bermain aku dahulu. sebab aku percaya semuanya mempunyai hikmah. Aku hidup berasakan 'go with the flow'. Walaupun parents aku tak la bagi sebuah Myvi baru..tetapi memberikan sebuah kenderaan dalam keadaan yang cukup baik, bilik utnuk aku tidur dengan selesa, peti ais dan dapur yang cukup dengan makanan,dan wang untuk berbelanja membuatkan aku lebih bersyukur dan kental untuk meneruskan hidup. Disamping mepunyai seorang kekasih dan rakan baiku (orang yang sama la) mebuatkan semuanya nampak indah walaupun ada halangan.
Terima Kasih kepada orang-orang disekeliling.
Selamat Hari Raya!

2 comments:

  1. kadang bila tengok orang lagi susah daripada kita, terasa sangat diri macam tak bersyukur baru hidup susah sikit dah mengomel2 ai neh kui3.

    thnx ye sebab selalu buat i rasa diri beruntung despite all the things i hate.

    luf u :)

    ReplyDelete
  2. byk perkara kdg2 kala kita terlepas pandang kn. hihihi..syukur2.

    ReplyDelete