Monday, 15 August 2011

Mari Berangan!

Umur yang semakin meningkat ini mebuatkan kita mempunyai keinginan yang lebih untuk memiliki sesuatu. Jadi aku bercita-cita untuk memiliki (sebuah, sebiji,sekaki,sesikat?) lesen motrsikal dan memiliki sebuah motorsikal sebelum umur aku 30tahun.
Untuk permulaan aku akan membeli sebuah motorsikal entry 250cc. Mari2 kita berangan.


Kawasaki Ninja 250
Dalam gambar nampak besar tapi sebenarnya tak besar pon. Tapi agak cantik sebagai entry level sportsbike. Ia adalah model terbaru yang dijual pada harga RM22000.

Honda CBR 250
Juga model terbaru dari jenama Honda yang dipasarkan sebagai 'rival' ninja 250. Tetapi masih kurang mendapat sambutan kerana saiznya sedikit kecil dan menggunakan enjin satu slinder. Harga pun lebih kurang ninja 250.

Antara model 250 yang lama pernah menjadi kegemaran pengguna entry sportsbike ialah.



Kawasaki ZZR250
Motorsikal ini masih boleh didapati sebagai unit terpakai pada harga rm6000-rm7000. Ia menggunakan enjin 2 silinder seperti Ninja 250 yang baru. Kedudukan tunggangan yang rileks membuatkan sportbike ini selesa untuk tunggangan jauh.

Kawasaki Ninja ZXR 250
Walaupun menggunakan nama Ninja, tetapi model ini amat berbeza dari Ninja 250 yang baru. Model ini sangat diminati ramai kerana design yang sporty (tidak seperti ZZR) dan menggunakan enjin 4 silinder. Memberikan bunyi seperti superbike yang besar yang kuasa yang lebih dari enjin 2 silinder. Tetapi enjin 4 silinder 250cc ini tidak mempunyai tahap 'reliability' yang tinggi kerana parts dalaman yang kecil menyebabkn ia mudah rosak. Masih boleh didapati sebagai unit terpakai dalam harga rm10000-RM13000.

Antara model-model lain ialah Aprilia RS250 dan Suzuki RGV250. Kedua2 model ini berkongsi enjin 2 lejang yang sama. Mula 'pupus' akibat kemasukkan motorsikal 4 lejang. Tapi masih mempunyai tempat dihati peminat yang betul-betul mahu merasai kuasa yang sebenar.

Aprilia RS250
 
 Suzuki RGV250




2 comments:

  1. Kawasaki ZZR250 adalah pilihan i kalau diberi peluang mengutarakan padangan la kennn hek3.

    ReplyDelete
  2. xla cantik sporty..tpi nampak slesa.

    ReplyDelete