Err..betul ke eja strengthening tu?
Hehehe..ia bermaksud menguatkan struktur chasis sesebuah kereta.
Sebuah kereta dibina berasaskan sebuah chasis dimana ia akan menentukan struktur dan kekuatan sesebuah kereta itu.
Walaupun nampak keras dan utuh tetapi chasis sebuah kereta sebenarnya akan mengalami sedikit 'flex' terutamanya semasa brek kecemasan, mengambil selekoh, membawa muatan yang banyak dan melalui jalan yang tidak rata. Ini kerana kenderaan yang digunakan seharian dibina berasaskan keselesaan dan kos.
Untuk menguatkan chasis sedalam-dalamnya amat mustahil kerana setiap komponen perlu dibuka. Melainkan kenderaan itu digunakan untuk perlumbaan; seorang pengguna tidak mempunyai masa untuk kesemua itu.
jadi untuk menjimatkan masa dan kos, penggunaan chasis bar boleh memberi peningkatan kepada struktru chasis kenderaan itu.
Penggunaa strut bar/tower bar, fender bar pada bahagian depan kenderaan boleh menguatkan struktur dihadapan. Penggunaan room bar utk menguatkan struktur dalaman. Manakala rear anti roll bar untuk menguatkan struktur suspensi belakang. Semua itu adalah sebahagian kecil bar yang digunakan untuk menguatkan struktur kenderaan. Terdapat juga kes dimana bar ini telah menyelamatkn nyawa pemandu kerana chasis yang keras mengurangkan risiko untuk kenderaan remuk lebih teruk.
Tetapi bagi menjamin kestabilan kenderaan anda semua bar tersebut mestilah digunakan selari dengan keupayaan tayar dan suspensi anda kerana kita memandu diatas jalan raya biasa bukan trek perlumbaan, jadi kita memerlukan sedikit body roll untuk memastikan kita mengambil selekoh pada kelajuan yang betul. Jangan sampai kita rasa ok tetapi tayar yang kecil itu sudah hilang cengkaman.
Link dibawah untuk gambaran lebih jelas
Selamat memandu!
Ultra Racing on Saga BLM
hehehe betol la ejaan tuh. pandai nyeeee...hehehe.
ReplyDelete