Kadang-kadang aku tak paham kenapa sesetengah orang akan membezakan kekasih dengan kawan.
Pada mereka kawan lebih baik dari kekasih
Pada aku kedua-dua perkara itu ada kelebihan ada kekurangan
Untuk orang yang tak pernah ada awek diorang akan kata lebihkan kawan lagi baik
Tetapi cuba kau fikir, kenapa kekasih tu tak boleh menjadi kawan kau?
Memang la kekasih/awek tak dapat menjadi seperti kawan yang kau harapkan..
Kalau kau kaki rokok, kau nak awek kau join hisap rokok jugak? (kalau ye pon lain kes).
Kalau kau rempit, kau nak awek kau naik moto lain racing dengan kau? (dah tu bile nak merase naik moto secara santai bersama gadis kan?)
Kalau kau kaki futsal, nak awek kau main futsal tackle kau sampai tgolek/cantas kaki kau? mesti kau pun malu kan.
Jadi sebab itu ada beza kawan & kekaseh sebab jantina berlainan. Kalau kau ade pon kawan baik perempuan aku percaya kau takkan anggap die macam lelaki sebab die tak main futsal, die tak racing dengan kau.
Kalau ade kawan & kekasih tak perlu nak beza-bezakan..masing-masing ade fungsinya. Kalau betul kau pentingkan sangat kawan lelaki berbanding awek, cube ko try kawin dengan die. Cube kau beromen dengan die aku nak tengok. Silap2 makan penerajang dengan kawan kau. Tapi kau boleh kawin dengan awek kau & jadi bini.
Esok beranak pinak pun mak die tu pernah jadi awek kau yang sekrg bini kau. Kalau dari mula kau tak belajar nak hargai awek sbg awek, kawan sebagai kawan..Esok dah bekerluarga memang kau tak lekat kat rumah. Kerje nak berkawan jer.
Tak payah nak judge orang yang pentingkan awek lebih dari kawan. Sebab kau tak tahu apa sumbangan awek tu.
p/s: Entry ini saje je dibuat melalui pemerhatian kepada rakan-rakan sekeliling. Luckily i have both in one person. Easier.
ngu3 tu la... nanti kita naik skuter santai2 lagi k. siap kena tahan polos keh3.
ReplyDelete