Recently GK mengutarakan niat untuk menukar kenderaan baru. Sebagai harta yang detiriorating (i mean semua kereta la) macam tak guna nak taksub peluk kereta sayang sampai luruh semua. Hahahaha. Tah ape potato aku ckp ni. Jadi keluarlah beberapa option dalam kepala aku. Yang pertama ialah Kia Forte 1.6. Tak tengok yang 2.0 sebab bajet tak mencukupi (RM97k). Lowest spec 1.6EX dalam RM79k, manakala 1.6SX RM86k. Forte 1.6 didatangkan dengan gearbox auto 6 speed. Beza ex dan sx ialah sx mempunyai Electronic Stability Control, kemasan kulit pada stering dan gear knob, automatic aircond, 6 speaker dan rim 17 inci. Manakala ex yang plaing murah hanya 4 speaker radio, aircond manual, rim 16" dan tiada Stability Control. Sebagai kenderaan harian, tidak banyak cerita mengenai pemanduan Forte ini melainkan biasa sahaja. Tidak mempunyaui unsur2 riak 'Lotus Tuned Handling' seperti yang digembar gemburkan oleh Proton.
Option lain ialah Toyota Vios yang pada aku nothing special pun melainkan minyak die sedut kemut dan menjimatkan. Lagipun nampak kecik dan akward kalau rupe standard. Tak lupa juga fav GK Nissan Livina X-Gear. Dari segi rupe dan saiz, mmg ini pilihan paling best. Tapi spec yang ditawarkan sedikit mengecewakan. Tiada yang special dimana masih menggunakan enjen lama (tapi menjimatkan minyak), dan gearbox auto 4 kelajuan. Kalau nak dibandingkan dari segi kestabilan, mmg sedan lagi stabil. Rumit kn? hehehe

lagi rumit bila bajet takde.
ReplyDelete