Entry ini hanya direka secara bersahaja atas sebab untuk sedikit pengetahuan sahaja. Bukan melalui kajian yang begitu mendalam. Selamat membaca!
Penggemar modifikasi kereta pasti tahu kewujudan enjin2 Lancer Evo atau Skyline yang begitu terkenal dengan sistem turbonye. Enjin yang begitu berpotensi itu boleh mencapai kuasa 500-600hp(untuk Lancer Evo) atau 700-1000bhp (untuk Skyline). Kuasa yang berkali ganda dari kuasa asalan.
Akan tetapi kuasa itu perlulah selari dengan cara pemanduan yang agresif.
Kalau dilihat dari contoh graf rekaan sendiri diatas, ye memang kuasa dari turbo dahulu cukup kuat untuk sebuah enjin 2.0L tetapi kuasa penuh hanya didapati dari kelajuan enjin 4000rpm. Karakter enjin sebegini memerlukan cara pemanduan yang lebih 'rajin' untuk menukar gear. Sesuailah dengan kenderaan sport seperti Lancer EVo, Subaru Impreza dan Nissan Skyline.
Dunia semakin maju, permintaan terhadap enjin yang lebih bersih telah menyebabkan enjin2 ini tidak lagi digunakan pada kenderaan baru. Banyak pengeluar terpaksa mencari penyelesaian untuk mendapatkn enjin yang bersih dan berkuasa. Mitsubishi telah menggunakan enjin 4B11T untuk Evo x manakala Subaru juga menggunakan enjin baru. Tetapi adilkah enjin turbo untuk kenderaan sport sahaja? bagaimana untuk pengguna kenderaan harian?
Untuk itu pengeluar seperti BMW, Mercedes, Audi(VW) telah mereka sebuah enjin turbo yang sesuai untuk kegunaa harian. Kuasa yang dikeluarkan memang tidak beberapa kuat tetapi perlu diingat enjin ini direka untuk kuasa dan penjimatan minyak. Kuasa penuh torque kereta ini boleh didapat dari 2000rpm dan 'flat' sehingga 4500rpm. Bayangkan kuasa penuh yang anda dapat dari 2000rpm itu. rendah bukan? (secara tepatnya dalam 1400-1600rpm). Sebagai contoh enjin BMW Prince 1.6. Enjin ini digunakan pada BMW 116, Mini Cooper, Peugeot 308,508,3008,5008. Enjin ini hanya bersaiz 1.6 tetapi mempunyai torque sebanyak 240nm bersamaan enjin 2.0L ke 2.5L. Enjin kecil yang ringan tetapi berkuasa.
Kalau nak dibandingkan dengan enjin tanpa turbo, enjin 1.6 hanya mengeluarkan kuasa dalam 150nm ke 160nm. enjin 2.0L pun hanya dalam 200Nm.
Kalau dilihat pada rajah diatas adalah contoh graf enjin NA. Ini secara kasarnya untuk enjin 2.0L tanpa turbo. Kuasa maksimum hanyalah dalam 180nm-200nm. Cukup bertenaga untuk sebuah kenderaan harian, tetapi memerlukan enjin yang besar (roadtax pun mahal). Kuasa maksimum juga hanya didapati pada kelajuan enjin 4000-4500rpm. Terdapat juga kenderaan sport yang menggunakan enjin seperti ini contohnya Honda Civic Type R dan Toyota 86. Tetapi ia perlu dipandu dengan sedikit agresif untuk memenuhi potensi yang diberikan.
Cara enjin direka dan dibuat selalunya terdapat kelebihan dan kelemahan masing2. Teknologi yang moden memudahkan setiap pengeluar mereka sebuah enjin yang betol2 efisyen dari segi kos, ketahanan dan penjimatan minyak.



ni lagi semangat nak beli keta turbo ni hew3.
ReplyDelete