Wednesday, 6 July 2011

Malas!

Kenapa aku malas?
Hati bukan disitu, badan saje yang wujud..
Kata kawan aku "kau ni banyak sangat berfikir, cube jadi macam aku. Ketawa jer".
Aku ada satu ciri yang pada aku ade kesan +ve & -ve.
Aku suka & kerap berfikir.
Bila nak membeli hp aku akan berfikir. Buat kajian dari segi spesifikasi, harga dan warna..
Sama juga seperti kamera, kasut atau berangan hendak membeli kereta..
Semua kena fikir dan buat keputusan melalui berfikir..
Aku bukan jenis menerobos masuk dalam membuat keputusan..
Biar kita rugi walaupun sudah berfikir kerana kita sudah berusaha. Jangan rugi akibat membuat keputusan dengan gopoh.
Kesan -ve nya ialah bila kita berfikir susah la hendak membuat keputusan atau menerima sesuatu dengan mudah.
Aku bekerja sebagai intern disebuah 'syarikat' yang agak kedekut..
Jadi bila aku berfikir dan berfikir aku tau memang hati aku sudah berat untuk berada disitu..
Kenapa aku tidak dibayar gaji sedangkan kerja aku sama sahaja seperti orang lain?
Adakah kerana aku intern yang belum mempunyai sijil? Ada saja pekerja disitu yang hanya mempunyai SPM atau sijil yang tidak berkait. Part timers pun ade juga..Masih dibayar.

Tempoh hari baharu aku mengetahui bahawa seorang rakan aku yang permanent hanya dibayar RM3.50 sejam untuk overtime! what the what?
kalau diikut gaji sebulan mereka yang berkerja 6 hari seminggu, 8jam sehari mereka mendapat lebih banyak dari part timers (yang dibayar RM5 sejam). Bermaksud purata gaji sejam mereka lebih dari RM5. tetapi kenapa mereka hanya mendapat RM3.50 untuk overtime? sepatutnya sekurang-kurangnya RM5 atau lebih sebab bayaran OT mestilah 1 1/2 dari bayaran jam biasa.
Kesian..akibat sikap kau yang tidak suka berfikir itu menyebabkan kau tidak sedar yang kau sebenarnya 'underpaid' oleh pihak syarikat. Kau kerjalah macam anjing.

Ada hikmahnya bila kau rajin membaca dan tahu serba serbi!

Monday, 4 July 2011

Ford Fiesta XTR Sapphire




Katanya edisi terhad ini akan dilancarkan pada penghujung Julai. Pada harga RM88,888 ia lebih mahal sebanyak Rm6k berbanding Ford Fiesta yang biasa.

2011 Kia Sportage




Pada harga Rm140k adakah Kia Sportage boleh mengganggu kedudukan Honda CRV sebagai SUV kecil pilihan rakyat Malaysia? Kalau dilihat dari segi Enjin, Sportage lebih berkuasa dengan dilengkapi kotak gear automatik 6 kelajuan berbanding CRV 5 Kelajuan. Kia SPortage juga mempunyai panoramic roof (bumbung lutsinar). Kalau mengikut saiz mungkin tiada beza cuma mengikut review Honda CRV agak luas dalamnya. Dari segi keselamatan juga Sportage dilengkapi 6 beg udara berbanding CRV yang hanya mempunyai 4. Sportage juga dilengkapi dengan kemasan kulit untuk tempat duduk berbanding CRV yang hanya menggunakan fabrik. Pada harga yang lebih murah sebanyak RM10k berbanding CRV, Kia Sportage memberikan pakej yang menarik untuk peminat SUV.

Wednesday, 29 June 2011

Strawberry Choc Cheese Cake


Hahaha cubaan pertama untuk membuat cheese cake di rumah. 
Kiraan barang sedikit lari sebab susah nak bajet untuk sebijik cake.
Melainkan nak beat 2-4kg cheese macam kat hotel, silakan...hahahaha...
dah sejuk sket bole try. Kalau sedap boleh jual!

Monday, 20 June 2011

Hoh hoh hoh ;)

Hari ini hari Isnin
Hari last event di PICC
So untuk minggu ini, kurang workload kat kitchen
Hurmm..lumrah hotel...
Part Timers & trainee buat kerja bersungguh..
Sumpah nanti yang dapat surat exceptional performance ialah pekerja full time yang jaga event tu, Tengok-tengok jer.
Takde melibatkan kerja-kerja di dapur yang sampai last minit berkejar-kejar bagai...
Itulah lumrah hotel..
Part timers tetap dibayar RM5 sejam..trainee percuma..
Tetap tidak mendapat apa-apa imbuhan tambahan..
Hidup ini tidak adil bukan? hehehehehe

ps: Bak kata Pian kawan aku, Takda chef kat hotel akan mengaku kesilapan mereka ;)

Thursday, 9 June 2011

Chuck Norris Facts

Siapa itu Chuck Norris?
Chuck Norris adalah seorang martial artis dan pelakon filem pukul-pukul, lawan-lawan pada suatu ketika dahulu. Beliau juga pernah digandingkan dengan Bruce Lee (tapi mestilah kene pukul) dalam sebuah movie fight2.

Disebabkan imej martail artist beliau yang sangat kuat. Terdapat banyak statement lawak yang dikenali senagai Chuck Norris Facts. fakta ini lebih kepada mengajuk betapa hebatnya Chuck Norris dalam berlawan.

Antara 'fakta' itu ialah :
  • Chuck Norris does not wear a condom. Because there is no such thing as protection from Chuck Norris.
  • Some people wear Superman pajamas. Superman wears Chuck Norris pajamas.
  • Chuck Norris will never have a heart attack. His heart isn't nearly foolish enough to attack him.
  • Chuck Norris can set ants on fire with a magnifying glass. At night.
  • Chuck Norris's beard can cut diamonds.
  • The reason no one can find Osama Bin Laden is because Chuck Norris found him first.
  • Chuck Norris can stare at the sun, and the sun gets blind


  • Macam bodoh kan? hehehehehe
     
     

Leverage...

Leverage yang dimaksudkan ialah mendapat atau mencari sedikit 'advantage' untuk diri sendiri demi menjamin kedudukan anda di sesuatu tempat atau organisasi walaupun melibatkan atau menggunakan (atau menganiaya) orang lain. Ia juga boleh jadi dengan sengaja atau tidak sengaja (tidak sengaja sebab tak fikir dalam-dalam sebelum membuat sesuatu perkara).

Kadang-kala perasaan 'insecure' yang melulu telah membuatkan kita berfikiran merapu. Buatlah tugas atau kerja yang kita tahu dengan baik. Tak perlu rasa 'insecure' dengan kedudukan anda. Allah SWT lebih tahu dengan usaha dan apa yang anda lakukan. Jangan takut pada saingan yang anda yang anda sendiri tahu kedudukannya belum begitu kukuh. Berfikirlah dengan lebih waras dan lebih dewasa.

Minta maaf dengan seribu alasan dan drama bukanlah ubat yang terbaik. Macam mana alasan anda sekalipun, kes sudah berlaku persepsi negatif sudah termaktub dalam fikiran orang lain. Anda menuju hari bahagia dan mungkin misi anda telah berjaya. Syabas! Tetapi orang lain yang menanggung kesan akibat penganiayaan secara tidak sengaja (atau sengaja) itu.

Wallahualam~