Sekarang lebih fokus (fokus ke? ;p) kepada pelajaran di kolej yang diamana plan lecturer sgt ambitious.
Ah malas aku nak terlibat dalam perbincangan, korang decide & bagi arahan jer aku buat.
Honestly semua tu kerja gile..
Sejujurnya lecturer ni sangat berilmu, bijak tetapi sekali sekala mereka sedikit ketinggalan kalau dikaitkn dengan realiti dan dunia industri F&B yang sebenar. Kadang kala ilmu dan pengalaman mereka itu sedikit outdated bak kate omputeh.
Terlalu berfikiran positif dan yakin akan kebolehan mereka untuk membimbing pelajar.
Niat mereka itu betul dan sangat dialu-alukan tetapi jangan la disumbatkan masuk ke 'tekak' minda para pelajar...
Kelas costing mesti la asing, F&B juga asing..ini satu sesi kelas semua mahu disumbatkan..
Kalau tak cukup tenaga pengajar jangan wujudkan plan begitu..
Lagipun tak perlu costing begitu rumit kerana 'subjek' itu akan dipelajari secara natural apabila pelajar itu berkerja dalam bidang perhotelan..
Seorang commis tak perlu buat costing dalam dapur hotel..tapi apabila die bekerja selama beberapa tahun dan pangkat dia dinaikkan die akan belajar...
Kamu kena paham kalau mereka seorang yang bijak mereka tidak akn berada disitu..Walaupun kalau mereka berkata mereka masuk kulinari sebab minat. Sebab kalau pandai mesti la mereka masuk Uitm yang yurannya jauh lebih murah..
Ah serabut nak pikir. Seperti aku cakap tadi..aku hanya datang untuk menerima arahan jer ok.
Minggu ni wujud ahli keluarga baru dalam rumah Lot 6742. Ahli yang paling berguna dan dinantikan ialah:
Sebuah Chainsaw Jenama Echo!
Sangat berguna dan pantas ok. Juga ringan boleh dugunakan sebelah tangan jika perlu (tapi salu pegang guna dua2 tangan, lebih selamat). I loike. Rasa macam nak potong je semua pokok yang ada kat rumah. Hehehehe..
Ahli keluarga lagi satu ialah:
Sebuah Myvi Lagi Best untuk ibu. baru bawak sekali jer mase balik dari showroom. Secara kesuluruhan rasa sedikit berbeza dari Myvi yang lama. Ride lebih senyap dan Electric Power Steering (EPS) memberikan sedikit feedback yang berbeza dari Myvi yang lama. penggunakan warna interior yang cerah memudahkan kita nampak kualiti plastik yang sedikit kasar berbanding Myvi yang lama.
Esok nak buat tinted dan pasang sarung kusyen.
Apa-apa pun pikir nak buat ape dengan Myvi kelabu yang dh jatuh di tangan aku..hik3..
Mungkin carik duit nak turunkan rendah sket..(pow gf..pow gf..hik3)..
Kalau bawak dekat kereta tinggi tak apa jer..Tapi aku selalu memandu sedikit jauh. Kurang selesa kalau kereta melambung-lambung. (kalau lagi kaya boleh pasang anti roll bar terus)
Gelapkan cermin sedikit. Dah 5 tahun gune tinted sekarang. Pudar dah warna.
Tukar eksoz yang lebih cantik dan bergaya...
Tu je lah angan-angan setakat ini..Tak boleh pikir masuk turbo..mahal..baik kawin je terus kalau ade 7-8 ribu.
adios!











